CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 28, 2012

Baby Faris demam, ibu cuti....

Emmmm... Lama dah tak menjengah blog ibu nih, yerlah Sejak raya nih. Senornya ibu cuti sebab apa? Bukan sebab Faris demam tapi kebetulan Faris demam ketika ibu cuti. Doktor lau bagi ibu cuti sebab ibu dah start ada contraction ag pon ibu baru minggu yg ke 36 ++. Check bukaan dah nak masuk 2 cm. Doktor tak nak ibu beranak lagi nak tunggu minggu 37 lebih-lebih sikit. So doktor suruh rehat dan Jgn jalan banyak sgt. Dapatlah Mc 3 hari dok umah ngan Faris dan kebetulan lak Faris nih demam. Sos ibu jagalah dia tak gamak lak nak hantar gi umah toksu. So dari sekarang ibu bila-bila masa juga boleh beranak. Tunggu jerlah.

Saturday, August 25, 2012

Gambo raya yang sempat

Sekejap jer masa berlalu, hari nih dah hari raya ke 7 dah. Emmmmm.... Ibu lom beranak lagi tapi hari tuh kat umah opah cam nak beranak sgt-sgt dah. Mujur ada anak sedara ayah nurse datang tgk ibu. Mmg dia disuruh ibu ke hospital changkat melintang untuk buat ctg tapi yg tak best nyer kena admitted lak. Kalaulah ctg tak elok terus hantar ke hospital Manjung. Lagi lah ibu seram. Pujuk punyer pujuk adik baby Faris ok plak. Kata sampai Kulim baru keluar yer. Tapi sampai hari nih tak nak kuar lak plak.takpa lah. Asalkan semua selamat. Nih pon sekejap2 contraction yg dirasa. Insyallah minta semua selamat. Sahur nak upload gambi yg sempat diambil melalui iPad Ibu nih. Kalu tunggu camera ayah tunggu raya haji plak kot.

Sunday, August 19, 2012

Selamat hari raya aidilfitri

Hari nih dah hari raya. Jap jer masa berlalu So di sini ibu nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua ke kawan, blogger,beradik- beradik dan semua yang mengenali diri ibu dan keluarga. Seronok sgt dapat bersalam dan bergambar dgn keluarga di alor setar.

Wednesday, August 15, 2012

Iftar di restoran mesra ihsan

Hari tuh hari ke berapa tah puasa, kami sekeluarga berbuka puasa di restoran mesra ihsan makan ikan stim. Biasalah mengikut kehendak anak tapi yg tak bestnya ialah orang ramai sgt, kelam kabut, baby nak berak plak Pastu ibu lom abih nak menikmati makanan tu abang plak yang nak berak. Spoil sungguh. Dan ayah kata nih last makan ikan stim dia tak larat dah cam tak leh nak pi dah. Hehehehwhe.....biasalah ayah makan sampai muntah, lepas dah muntah tuh memang tak lalu dah nak makan. Lepas nih cari tempat makan lain plak.

Program sambutan Pra hari raya

Hari Nih hari last persekolahan untuk negeri Kedah. So sekolah angah mengadakan program pra hari raya. Dia kata tak belajar nak nyanyi lagu raya , dapat duit raya dan kuih raya. So cikgu suruh pakai baju raya yang lama. Mujur ibu dan ayah beli baju Melayu baru hari Isnin hari tu pasal skang nih kan tengah banyak orang jual baju Melayu nak raya plak tuh murah-murah . Ag pon baju raya tahun lepas dah tak leh pakai tak muat dah. Nasib- nasib.kalu tidak anak ibu ke sekolah pakai baju Melayu sarung nangka lah.

Tuesday, August 14, 2012

Sekejap jer masa berlalu...

Pejam celik... pejam celik...hari nih hari yang ke 25 dah kita puasa....cepat kan....(cam ibu kan, ibu rasa lambat gak pasal yerlah ibu kan ngandung last-lat trisemester dah...rasa lapo tu macam budak-budak kecik lah....) adik baby faris dalam perut nih pon bergerak sgt kalu waktu-waktu kul 10 , kul 1 dan lepas buka posa....wah...wah rasa cam berpusing-pusing baby nih.....tapi ibu kuat juga berpuasa, nak berbuka rasa malu sgt kat anak-anak...so ibu teruskan juga.....cahiyok ibu....

so dalam seminggu nih banyak perkara sgt yagn terjadi, taklah dasyat sgt, kejadian yang biasa-biasa sajer ......heheheh...macam lah tragis sgt.....so hari rabu minggu lepas ibu gi berbuka puasa dengan student ibu kat R & Z....bufet...bolehlah....tak mo komplain-komplain sgt...sian student-student dah adjust sendiri...takperlah....pastu hari khamis balik kg. gajah buka puasa ngan opah....opah biasalah balik sana kita orang beli jer lauk kat pasar ramadhan...hari jumaat tuh gi bandat seri iskandar...gi tesco dan belu lauk-lauk kat pasar ramadhan kat sana...ayah as usual mesti akan beli gulai tempoyak.....emmmmm...ibu taknak...dan petang tuh Cik mi dan abang rizal mai berbuka sama...meriah gitu dengan berbagai-bagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih....

Hari sabtu petang sebelum berbuka terus balik ke kulim tapi ayah nak singgah berbuka nasi arab kat perda...tapi malangnya masa kami sampai dalam kul 6.30 nasi untuk tempahan berbuka dah habis...frust benor rasenyer....beli jer air dan kuih kat pasar ramadhan perda tuh berbuka atas keta....dan pas tuh gi semayang dan terus berbuka kat chicken rice shop perda....biasalah memenuhi tuntutan baby dalam perut nak makan lagi tofu stim tuh...tapi kali nih service dia tak bagus sgt....dah kita reserved datang kul 8.30 pon makanan tak terhidang lagi dan ini membuatkan ibu mengamuk kat CRS hari tuh...dah lapo sgt service lambat dan memang tak pueh hati sgt.....dan ibu kata inilah yangterakhir kita makan kat sini...so CRS jusco perda....tak der dah dalam senarai restoran pilihan hati......selamat tinggal...

dalan minggu nih minggu yang paling stress di sebabkan ibu kursus 4 hari untuk mengyiapkan MQA 02....bosan nak mampus dan tak suka....stress sgt...kena siapkan sebelum balik raya...dahlah baju raya ibu pon belum beli lagi...tak sempat dah.....jadi memang tak suka...tak suka...tak suka....jap ag nih nak kuar sat...nak gi cari gak baju raya ibu...tak kira....

dan minggu nih ibu dah tutup kedai tak nak masak langsung...dah cuci dapur ...beli kat luar je....hari nih? tah belum decie lagi...nanti tanya abang dan angah....

Tuesday, August 7, 2012

Fqaris pon teruja nak ke sekolah...



Pagi nih faris bangun awal disebabkan abang dan angah bising sewaktu bangun sahur tadi...so bila dia dah bangun nih dia mola lah...lately nih tantrum dia ibu dah tak boleh baca....macam-macam...orang kata kalu kita dah nak beranak tantrum anak pon nak mola ker? entahlah...so pagi tadi abang dan angah mandi, dia pon sama mandi dan pakai baju nak ke sekolah...siap salam ibu bagai....so sempatlah ambil gambar dia....dan siap nangis bila tak dapat naik bas sekolah abang dan angah...sian anak ibu nak ke sekolah...tahun depan dah empat tahun...kalu ikut abang dan angah deme dah ke sekolah.... tapi baby faris? cakap pon tak terus lagi.....telor dia ibu dan ayah jer paham....tututututututut pon dalam pampers lagi...camner nak gi sekolah?


baju 'sekolah' yang dipilih sendiri...

sempat amik gambar ngan abang dan angah.


Monday, August 6, 2012

Pakar 1 Hospital Kulim

Hari nih temu janji ibu dengan pakar 1 hospital Kulim. Setakat nih takde masalah. Semuanya ok bp ok, hb ok, cuma berat badan tak naik-naik dah mula menurun. Cam nak beranak dah ke? Tak lah mungkin skang nih ibu puasa kan tulah berat turun. Baby pon ok. Doktor scan tadi skang nih berat Baby dah capai 2.1 kg dah. Alhamdulilah semuanya dalam keadaan sihat dan ok. Apa yang ibu boleh ucapkan alhamdulilah, subhanallah, allahuakhbar syukur ada Allah.

Sunday, August 5, 2012

Berbuka hari ke 16

Alhamdulilah dapat berbuka untuk puasa hari ke 16 hari nih. Emmmmm.... Hari nih seperti biasa hari ahad ibu tak akan masak sebab penat sgt, kelas dari pagi sampai petang . So ayah tanya nak beli makan kat pasar Ramadhan ke atau nak makan kat luar? So angah kata dia nak makan ikan masak stim dan ayah cadangkan makan kat ikan besar mesra ria depan kastam kat sini. Ibu ikut je asal boleh berbuka. Hari nih makan ikan masak stim, kangkung goreng belacan, daging masak merah ( peberet abang), telur dadar. Makan dengan sedapnya dan memang sedap. Habis licin. So memang Pueh hati sgt.

Mengidam Cucur cempedak

Selama bulan puasa nih, ibu tingin sgt nak makan cucr cempedak. Selalunya kalu cucur cempedak nih ibu akan goreng sendiri, tak mo yang beli punyer. So semalam ayah gi tesco beli buah cempedak. Alhamdulilah dapat makan untuk berbuka puasa hari yang ke 15. Ibu berbuka dgn cucur cempedak dan air laici je. Pueh hati. Pastu kul 10 goreng sekali lagi untuk ayah balik makan selepas tarawih. Dan bakinya hari nih plak. Boleh?

Wednesday, August 1, 2012

Iftar di kak wan's tomyam

Hari ini ibu malas nak masak, penat sgt. Kelas pagi sampai petang so ajak ayah berbuka kat luar. Dah lama sgt tingin nak mkn kat sini. Alhamdulilah hari nih termakbul. Selamat berbuka.

Ganjaran buat Wanita


Ada sedikit tazkirah mengenai wanita, minta permission yer tuan rumah puan stoberri kita amik untuk dikongsikan....


Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami. Firman Allah:






“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)





Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian. Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:





**Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan.

**Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu

**Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain

**Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat.

**Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.

**Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami.

**Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.

Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga.





Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.





1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.





2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. *sedih baca part ini*





3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.





4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.





5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.





6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.





7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.





8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.





9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.





10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.





11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.





12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.





13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.





14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.





15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.





16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.





17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.





18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.





19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.





20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.





21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.





22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.





23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).





24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.





25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.





26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.





Kredit : http://www.kisahwanita.com/mudahnya-wanita-mendapat-pahala-dan-syurga
Kredit : tuan tanah puan stoberri http://pnstoberi.blogspot.com/

Wordless Wednesday

Gambar seribu bicara

Dah terlepas banyak hari dah

dah banyak hari dah terlepas mengenai pelaporang hari-hari puasa nih....nak kata sibuk sgt pon dak gak...biasalah bulan-bulan posa nih banyak aktiviti dah dikurangkan...tapi tapi biasalah dah mola masuk kelas nih dah jadi banyak keje nak buat mengenai P & P nih....mana nak siapkan kuiz dantugasan...pas tu bila dah siap kena menanda plak...masuk markah...siapkan FRP...ibu lagi lah kena pulun pasal nanti ibu nak beranak nak pass kat orang jadi kenalah buat betul-betul...sian kat orang yang nak mengambil alih kelas ibu nanti....so semua ken buat dengan secepat mungkin...

Alhamdulilah hari dah masuk puasa ke 12 dah, bermakna abang dan puasa 12 hari dan angah 11 hari...bersyukur sgt....yang buat perangai angah lah...pukul 7 mlm tuh memang dia akan mengelupur sgt..nak berbuka sgt-sgt...bila berbuka minum air skit makan pon skit jer...keling jer lebih....abang? abang steady jer....nampak skit dah perubahan abang...orang kedah kata abang dah nampak 'seroh' maksud nya tu kurus lah...nampak perbezaan..angah? macam maintain jer....

memasak untuk menu berbuka nih ibu tengook hari kalu hari ahad dan rabu ibu tak masak...letih sgt...kelas ibu dari pagi sampai petang...penant kalu hari isnin, rabu dan khamis bolehlah...tu pon masak simple-simple jer...cuma hari nih cam nak gi makan kat kedai tomyam jer...nak makan siakap tiga rasa ka...kailan ikan masin ka....tukar selera skit....agipon hari nih penat sgt....pagi-pagi ibu dah mengamok kat satu kelas nih....panas sgt rasa...dah aircond tak berfungis....panas! ditambah lak dengan panas dalam hati macam naga jer....so...nak rehat sat...pastu nak buat soalan kuiz dan get ready utnuk kelas petangnih plak....selamat berpuasa dan berbuka untuk hari yang ke 12 nih....