CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 15, 2011

hadiah buat cikgu

Assalamualaikum.....

hari yang senang.....:) senyum jer ibu....walaupun masih ader keje yang perlu dibuat tapi hari nih ibu nak rehat jap....masih belum lagi ader paper untuk dimarking....so hari nih ibu ambil peluang membalut hadiah buat cikgu abang dan angah...esok adalah hari terakhir abang bersekolah, tahun depan abang dah masuk darjah satu...so ibu beli lah hadiah sikit untuk cikgu abang untuk menghargai jasa cikgu....sedih sgt....minggu lepas masa ambil kad laporan abang cikgu abang ader beritahu bahawa abang berpotensi menjadi seorang ustaz? yer ker? terharu ibu sayang...abang lebih kepada matapelajaran AL=Quran, jawi dan arab...sejuk perut ibu sayang...manakala angah lak lebih kepada matematik...seoronok ibu dengar...walaupun abang dan angah nakal sangat tapi alhamdulilah baik dalam bidang pelajaran...

yerlah ibu pon tak lah high expected sangat... abang dan angah baru tadika...masih jauh lagi perjalanan hidup abang dan angah...ibu akan sentiasa berdoa...ibu bukan nak riak tapi nak berkongsi....

kerana cikgu lah abang dan angah dah boleh membaca, kenal huruf abc, 123 dan alif ba ta....terima kasih cikgu...


Ya Allah,
jadikanlah anak-anak kami ana-anak yang taat pada perintaMu,
jauhkanlah mereka dari bahang api nerakaMu. 
Terangkanlah hati mereka dengan cahaya keimanan,
mudahkan mereka menerima segala ilmuMU. 
Jadikan lah mereka anak-anak yang membahagikan kami di akhirat kelak. 
Amin.

0 comments:

Post a Comment