CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 4, 2012

Berdosakah ibu?

Assalamualaikum.....

Berat rasa nak menulis tapi benda nih dah sekian lama dah bersarang dalam hati dan ia perlu juga diluahkan...dan kalu tak diluahkan rasanyer akan meletup...entahlah...bukan nak menrungut tapi sekadar ingin berkongsi....ibu selalu mengikuti blog jiey http://www.kernakasihkita.blogspot.com/. ibu kagum sgt dengan dia kerna dia boleh handle anak istimewa dia iaitu rayyan dan rasanyer ibu malu kerana dia boleh menghandle situasi tersebut dengan baik.  Berbalik pada ibu walaupun baby bukannya anak istimewa tapi ibu anggap dia sebagai baby yang istimewa kepada ibu kerana baby faris memerlukan perhatian yang lebih berbanding abang dan angah dalam keadaan baby faris seperti tu.  dan kerana itu ibu selalu melebihkan baby faris daripada abang dan angah....selalunya apa-apa yang baby faris nak semuanya ibu dan ayah akan cuba  penuhkan. 

kadang-kadang terpikir juga adakah itu adil kepada abang dan angah? tetapi ibu selalu abaikan perasaan tu...ibu selalu buat abang dan angah dah besar dan boleh berfikiran sendiri tapi hakikatnya abang dan angah baru berusia 7 dan 6 tahun.  Berdosakah ibu? lebih-lebih sekarang nih ibu tengah alah dan mabuk-mabuk lagilah benda-benda semua tu ibu tak pikir kan...ibu sering kepenatan .  ibu akan tidur jam seawal 8 malam .. dan isya ibu akan semayang pada seawal pagi ibu bangun pada pukul 5.30 pagi...barulah ibu ader kekauatan nak buat keje pagi tuh...balik keje confirm ibu akan baring dan ingin berehat semahu-mahunya...cuma kadang-kadang ibu tak sampai hati nak abaikan baby faris...apa-apa kemahuan baby faris ibu cuba turutkan juga...dan pastinya abang dan angah akan pandai-pandai menguruskan diri  mereka sendiri....dan ayahlah yang ada untuk mereka dan membeli makan untuk anak-anak...


ibu minta maaf kalu abang dan angah rasa terpinggir waktu nih kerana ibu kurang memberi perhatian kepada abang dan angah....




kekadang ibu nangis memikirkan benda nih, adakah waktu ibu ngandung nih adalah waktu yang salah? kerna mungkin waktu ini adalah waktu di mana anak-anak ibu memerlukan perhatian yang sewajarnya dari[ada ibu? memang ibu merancang tapi rezeki Allah tiada siapa yang tahu...mungkin waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk ibu mengandung kerana umur ibu dah menginjak ke 35 tahun.  entahlah....

Bila keadaan ini berlaku ayah selalu katakan macam ibu tak sayangkan anak-anak kerana ibu selalu marahkan anak-anak....Astafirrullahalazim....ibu mana tak sayangkan anak-anak....penat mengandungkan mereka pon masih terasa dan sakit melahirkan mereka pon masih ibu ingati dan bagaimana perkataan tak sayangkan anak-anak itu boleh terkeluar dari mulut ayah....kadang-kadang memang ibu sedih.....

mungkin sekarang nih jiwa ibu terlalu sensitif yerlah faktor mengandung pon sama....letih kerja dan letih mengandung pon sama....tapi apa boleh buat...tanggungjawab perlu dilaksanakan juga....cuma sekarang nih ibu memerlukan sokongan daripada ayah dan anak-anak untuk ibu menghadapi 7 bulan lagi waktu ibu mengandung nih.....kasih sayang pada anak-anak takkan berubah...setiap hari ibu sentiasa mendoakan kesejateraan mereka...risau memikirkan keadaan mereka walaupun di mana mereka berada...waima baby faris kat umah toksu pon ibu selalu risau...hari ahad dah isnin pasti kerisauan ibu akan berpanjangan taktala abang akan balik pukul 1.10 tengahari dan angah perlu menunggu bas pada waktu yang lama....sama juga hari isnin abang akan ada tasmid sehingga pukul 1.40 petang dan angah juga harus menunggu sehingga jam 1 petang....adakah kerisauan semua itu bukan menunjukkan kasih ibu pada anak-anaknya?

ibu selalu marahkan abang dan angah bukan bermakna ibu bencikan abang dan angah...kejamkah ibu bilamana ibu selalu menyuruh abang dan angah menolong ibu membuat keje-keje rutin seperti menyidai towel selepas digunakan, lapkan air bila ditumpahkan, kemas meja selepas makan, letak cawan dalam sinki selepas digunakan, kemas bilik dan mainan selepas main? kejam sgt ker ibu? semua tuh ibu buat untuk melatih abang dan angah supaya berdikari dan pandai buat keje-keje rumah walaupun abang dan angah lelaki.  lelaki bukan bermaksud tak payah buat semua tuh dan berharap hanya perempuan sahaja yang layak buat keje semua tuh...semua tuh untuk masa depan abang dan angah juga...kadang-kadang ibu pon tak berkompromi dengan faris...faris juga ibu latih supaya kemas balik mainan selepas dia main. adakah itu dianggap kejam atau sebaliknya...semua itu niat ibu hanya untuk mengajar dan mendidik anak-anak ibu? salahkan ibu? atau mungkin cara ibu yang salah?

kalau abang, angah dan faris nanti dah boleh buka blog ibu dan baca semua nih apa yang ibu nak katakan kat sini ibu sangat sayangkan anak-anak ibu...tiada pilih kasih di antara anak-anak ibu semua ibu sayang sepenuh jiwa raga ibu .... kerana ibu tahu anak-anak ibu adalah amanah daripada Allah yang patut ibu jaga , beri kasih sayang dan didikan yang sewajarnya... anak-anak ibu adalah nyawa ibu..apa yang ibu buat adalah untuk kebaikan anak-anak ibu...cuma ibu harapkan anak-anak ibu akan sentiasa mendengar cakap ibu dan ayah...faham bagaimana susahnya ibu dan ayah nak besarkan anak-anak, insyallah ibu dan ayah kan berikan yang terbaik utnuk abang, angah dan baby...Jadilah anak yang soleh, anah yang taat pada perintah Allah , anak yang mendagar nasihat ibu dan ayah....anak-anak yang sentiasa dan akan mendoakan ibu dan ayah walaupun ibu dan yah telah tiada nanti...ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak ibu ...dan satu jer yang ibu nak anak-anak ibu tau bahawa ibu sayangkan anak-anak ibu ...sayang sgt-sgt....mungkin cara ibu yang salah...walau macamana pon itu adalah ibu.....


salahkah kalau ibu dan ayah memberi perhatian lebih kepada baby faris setelah apa yang baby faris telah lalui...setelah 10 hari berada di IJN untuk pembedahannya dan 30 hari berada di GH Penang setelah mengalami komplikasi pembedahan jantungnya....sewajarnya memang faris memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu dan ayah dan juga kasih yang lebih daripada abang dan angah selaku abang faris....



tak dinafikan kamu bertiga adalah nyawa ibu...ibu menyanyangi anak-anak ibu sepenuh jiwa ibu..

0 comments:

Post a Comment