TAZKIRAH
RAMADHAN
PUASA DAN DETOKSIFIKASI
Secara dasarnya puasa adalah salah satu proses
detoksifikasi yang baik. Detoksifikasi bermaksud mencuci dan membersihkan
badan dari racun atau toksin. Mengikut Dr. Lonny J.Brown (Ph.D) dalam Adventures
in Therapeutic Fasting, “amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat hari
ini adalah apabila seseorang menghidap penyakit, dia akan mengambil ubat bagi
meredakan penyakitnya. Sudah tiba masanya bagi kita mengamalkan seuatu yang
berbeza iaitu mengamalkan puasa semasa sakit. Sebenarnya puasa adalah penawar”.
Mengikut Dr. Cindy Engles (Ph.D) dalam Wild Health:
How Animals Keep Themselves Well and What We can learn From Them, “
Binatang-binatang apabila sakit akan menjauhi makanan. Pengkaji-pengkaji
berpendapat menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses yang yang natural ke
arah kesembuhan. Ia bermanfaat bukan sahaja kepada binatang bahkan juga
manusia.
Pada tahun 1994, kongres antarabangsa pertama
bertemakan “ Kesihatan dan Ramadhan” diadakan di Casablanca, pakar-pakar
perubatan dari seluruh dunia membentangkan lebih kurang 50 kertas kajian pada
masa itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa pada bulan Ramadhan tidak
mendatangkan sebarang kemudaratan malah sebaliknya ia mampu mencegah serta
menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia.
Dipetik dari buku Quran Saintifik m/s 233 & 234,
karangan Dr. Danial Zainal Abidin
Jadi benarlah apa yang dikatakan Nabi kita “
berpuasalah kamu, nescaya kamu sihat”. Sekalipun sains tidak dapat
membuktikannya, kita mesti meyakininya kata-kata ini adalah benar.
0 comments:
Post a Comment