CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 21, 2015

Terkini...


Assalamualaikum WBT.

 


 

Untuk makluman, adik Faris pernah menjalani pembedahan (“Glent Shunt”) pada tahun 2011 semasa dia berumur 1 tahun 11 bulan.

Berikut adalah merupakan kronologi prosedur pembedahan adik Faris sebagai perkongsian kepada semua:

 

08/08/2015

-          Kemasukan ke ward di IJN

10/08/2015

-          Open Heart Operation (fontan Shunt) dilaksanakan (bypass saluran darah terus ke paru2 menggunakan “synthetic tube”)

-          Dimasa yang sama injap jantungnya di”repare” kerana kebocoran makin besar.

-          Adik faris telah dimasukkan ke dewan bedah pada jam 2.00ptg dan keluar ke PCICU (unit rawatan rapi) pada jam 10.00mlm

11 – 13/08/2015

-          ditempatkan di PCICU (unit Rawatan rapi)

14 – 20/08/2015

-          Ditempatkan di HDU (unit separa kritikal)

-          Terdapat komplikasi terhadap pembedahannya dimana “chylothorax” terbentuk di dalam paru2 (fungsi limpa terganggu menyebabkan cecair lemak tidak dapat diserap dan terkumpul diparu2).

-          “Drain Tube” dimasukkan ke dalam dadanya bagi mengeluarkan cecair tersebut.

-          Adik Faris juga dikehendaki mengamalkan pemakanan secara “Fat Free Diet” bagi mengelakkan/mengurangkan pembentukan “chylothorax”.

-          Semasa pemantauan didapati denyutan nadi (degupan jantungnya) agak rendah dan doctor telah bercadang untuk memasukkan PPM (Permanent Pace Maker) atau bateri sebagai bantuan.

-          Dimasa yang sama rawatan untuk “chylothorax” dilakukan.

21/08/2015

-          Open Heart Operation dilakukan sekali lagi bagi memasukkan PPM.

-          Adik Faris dimasukkan ke dewan bedah pada jam 11.00pg dan keluar ke PCICU pada 3.00ptg

23 – 27/08/2015

-          Ditempatkan di HDU (unit separa kritikal)

-          Pemantauan dilakukan terutamanya berkaitan dengan “chylothorax” dengan rawatan perubatan sehingga ke stage ketiga.

-          Kami dimaklumkan sekiranya berterusan sehingga ke stage ke 5 maka satu lagi pembedahan perlu dilakukan.

28/08/2015

-          “Drain tube” dikeluarkan setelah cecair dari paru2 berkurangan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

-          Agak terkejut kerana selepas pemeriksaan dari doctor Adik Faris dah boleh discharge. Alhamdulillah.

 

Sehingga ke hari ini, 21 September 2015, Adik Faris menampakkan perkembangan yang positif, namun begitu atas saranan doctor dia masih lagi mengamalkan “Fat Free Diet” dan tidak dapat ke taska sehingga hujung bulan ini.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua.

1 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment