CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 9, 2011

Petua orang tua-tua...






Dalam dok mengooglekan... dapatlah sedikit petua orang tua-tua...so kalu rasa nak amik petua nih sila-silakanlah.....tak marah pon....

Hilangkan panas badan

Cuaca yang tidak menentu membuatkan badan kita seperti mahu demam, badan letih lesu dan tidak bermaya. Sekiranya dibiarkan berlanjutan ia boleh mengganggu kegiatan sehari-hari dan tugasan kita di pejabat. Petua yang boleh membantu menghilangkan panas di dalam badan: Rendamkan campuran beberapa biji buah kembang semangkuk, gula batu, biji selasih dan getah anggur. Embunkan semalaman. Minumlah mengikut keperluan. Insya Allah suhu badan akan kembali normal dan kita akan kembali sihat. Ia juga sesuai diminum pada cuaca panas.



Kencing tidak lawas

Seringkali mungkin kita mengalami kencing tidak lawas, rasa teramat pedih apabila hendak membuang air kecil. Masalah ini berlaku kepada lelaki dan wanita, terutama kepada mereka yang kerap menangguh-nagguh beberapa waktu apabila terasa hendak membuang air kecil. Petuanya: Rebus barli bersama-sama dengan gula hingga mendidih. Angkat dan sejukkan air rebusan dan minumlah dua kali sehari. Insya Allah selepas beberapa kali meminumnya, kita akan dapat melihat kesannya dan merasa lebih lega.



Cara mencelur sayur

Jika mahu menjaga kesihatan badan, banyakkan memakan makanan yang direbus, dicelur, dipanggang atau dikukus. Namun, mencelur sayuran hendaklah berhati-hati. Terlebih lama masa sayur terendam di dalam air panas menyebabkannya lembik, kehilangan khasiat, warnanya pudar dan tampak kurang menyelerakan. Oleh itu disarankan mereka yang ingin mencelur sayur, didihkan air terlebih dulu di dalam periuk. Kemudian masukkan sayuran tadi selama beberapa minit, angkat dan dengan segera cucurkan sayur berkenaan dengan air biasa dan sejatkan. Tujuannya adalah untuk menghentikan proses memasak yang sedang berlaku kepada sayur tadi dan ini akan menjadikan sayur tersebut kelihatan lebih segar, mengekalkan warnanya serta menyelerakan untuk dimakan.



Cerahkan kulit

Untuk mendapatkan kulit yang cerah sebenarnya mudah dan tidak perlu berbelanja mahal membeli barangan kecantikan berjenama. Petuanya: Buat campuran tepung kastad dan parutan mentimun (ambil bahagian pangkalnya saja). Selepas itu sapukan campuran tadi pada seluruh muka dan badan selama dua minggu. Insya Allah kulit akan bertambah cerah, malah kelihatan lebih halus dan berseri. Cubalah …



Lebatkan rambut

Keguguran rambut adalah masalah biasa dihadapi sekiranya anda menggunakan syampo yang tidak sesuai dengan rambut anda. Tetapi jangan bimbang! Cubalah petua ini. Petuanya: Ambil sedikit minyak sapi, cairkan ia dengan cara memanaskan seketika di atas api yang sederhana. Kemudian apabila ia sudah sejuk, sapukannya kerambut hingga kepangkalnya. Dengan menggunakan tuala yang bersih, bungkus kepala dan biarkan ia semalaman. Sebaik-baiknya sapu minyak sapi itu sebelum masuk tidur dan keesokan paginya bolehlah dicuci.



Elak perut buncit

Pinggang ramping, perut kempis memang menjadi idaman lelaki dan wanita muda. Namun mereka yang mengalami masalah perut buncit, janganlah berasa kecewa. Memang ada beberapa petua, tapi cuba dulu petua ini: Ambil sedikit kapur sirih, sedikit minyak kayu putih dan beberapa titis perahan limau nipis. Gaulkan campuran tadi hingga rata, kemudian bolehlah lumurkan keseluruh bahagian perut dan pinggang. Biarkanlah ia kering dan pakailah bengkung selama beberapa jam sehari. Lakukan setiap pagi dan petang. Nanti pasti ramai yang mencemburui pinggang anda yang ramping itu.



Hapuskan panau

Ini petua bagi mereka yang ada masalah panau sama ada panau berbintik-bintik dimuka, leher mahupun di bahagian belakang bahu. Ambil sedikit belerang, tumbuk halus. Campurkan perahan limau nipis, gaulkan dan biarkan sedikit berair. Sapukan dan gosokan pada bahagian badan yang berpanau setiap malam sebelum tidur. Dengan izin Allah, dalam tempoh seminggu, panau akan hilang. Tetapi sebaik-baiknya jangan makan limau. Selamat mencuba!

1 comments:

Ayuz said...

saje cari petua untuk hilangkan rasa panas...tup-tup jumpa petua yang lelain.....

Post a Comment