CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 4, 2011

G6PD

gambo nih dua hari baby kat scn...


dah balik umah ..hari ke 5

nih gambo sewaktu rambut baby dah dicukur...umur baby masa nih 22 hari

Glucose 6-Phosphate Dehydrogenase Deficiency (G6PD) merupakan keadaan di mana kanak-kanak tidak mempunyai enzim tersebut di atas secara mencukupi menyebabkan apabila terdedah kepada bahan tertentu yang di makan seperti ubat (aspirin, baktrim), kacang sepat, ubat gegat dll, sel darah merah mereka akan pecah dan menyebabkan krisis kekurangan yang serta merta (hemolytic anemia).

Selalunya G6PD akan di kesan melalui ujian darah selepas kelahiran yang mana selalunya doktor akan memberitahu kepada ibubapa mengenai pantang larang penyakit ini.
Baby faris adalah seorang baby yang kena g6pd nih. selain penyakit jantung yang dialaminya... Doktor Lim kata baby Faris nih champion pasal semua penyakit ada kat dia.... :) Awal lagi selepas deliver, baby terus dimasukkan ke SCN sebab kuning dan 5 hari baby kat SCn sebab kuning baby tinggi sehingga 200 lebih...ini adalah salah satu sebab (g6pd) mengapa kuning baby tinggi sgt...Lepas 5 hari kuar dari SCN hospital kulim, teman balik ke alor setar nak pantang sana...hari keenam kami balik alor setar...dah nampak kuning tapi mcam menidakkan kuningnya...discharge dari hospital kulim tahap kuning baby adalah 240. Hari ke 7 nurse datang check...dia check kuning baby dan suruh ke kelinik check....klinik kesihatan suruh admit pasal kuning terlalu tinggi 299....
Admit hospital sultanah bahiyah untuk 5 hari....hari ke 8 kuning baby naik sehingga 380 dan doktor suruh tandatangan nak tukar darah lah sebab kuning dia tinggi sgt...tapi alhamdulilah pukul 2 pagi hari k 9 kuning turun 300...dua lampu menyuluh badan baby...sian baby...kulit dia sampai jadi hitam lah....dan kuning baby habis sampai umur dia 30 hari.....tiap-tiap hari gi cucuk tapak kaki ambil darah nak tau tahap kuning baby....last check kungin baby dah turun jadi 180...alhamdulilah....nih gambo baby teaman mabik sewaktu muka dia kuning sgt.....


hari ke 6..baru sampai dari kulim....kat umah tok walid

nih hari ke 7 ...



gambo nih hari ke 12 lepas admit dari hospital sultanah bahiyah..


lena dia tido...budak kuning memang suka tido...lagi tido banyak lagi tinggi kuning dia...



hari yang sama iaitu hari ke 7.....nampak kan kuning baby.....











0 comments:

Post a Comment