CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 30, 2011

Alhamdulilah, baby dah boleh balik umah

Assalamualaikum....

25 Mei 2011

 Hari Rabu, 25 mei 2011 hari tu genap 30 hari baby faris dok hospital..Petang tu kul 4.30 ptg ibu dan ayah bawa balik baby kat umah....seronok tu tok sah dok cakap lah..bersyukur sgt ke hadrat Ilahi....senornya kalu ikut Dr. cakap hari isnin hari tu lagi leh kuar tapi pasal bila x-ray, paru-paru baby ada lagi skit air so doktor nak observe for 1 or 2 days.....takperlah ibu bersabar kalu inilah yang terbaik untuk baby....so pagi rabu tu bila x-ray menunjukkan perubahan skit...air di dalam paru-paru baby berkurangan...tapi still ader lagi...takperlah....doktor boleh bagi balik..nanti datang balik untuk followup lagi 1 jun 2011 iaitu seminggu dari tarikh discharge...

Rasa berdebar plak nak tunggu tarikh follow up tuh...pasai benda dalam nih kita tak tau...dari segi fizikal luaran dia tuh memang nampak dia sihat, makan lalu, main, kencing, berak...semuanya ok...wallahualam..semua ni kerja Allah...kita hanya mampu berdoa supaya air di dalam paru-paru baby akan kering dan tak akan bertakung lagi...selama-lamanya dan supaya baby boleh menjalani kehidupan seperti dahulu semula...dan skang nih baby still lagi mengamalkan "FAT FREE DIET"...sian baby..banyak benda dia tak bleh nak makan...kami sekeluarga nak makan pon kena sorok-sorok tak bagi dia nampak...kalu dia nampak dia nak...ibu ngan ayah selalu nangis kalu dia minta makanan yang dia tak boleh makan....apa yang ibu dan ayah harapkan baby boleh makan makanan kegemaran baby balik....

1 comments:

Anonymous said...

salamm..saya membaca blog saudari kerana anak saya yang baru dilahirkan mengidap penyakit chylothorax yang diberitahu oleh doktor...sama seperti anak saudari...tapi punca penyakit bukan sebab sebarang pembedahan tapi sejak dilahirkan begitu...
dan sampai sekarang hari yang ke 25 masih di ward NICU hospital serdang..
saya tercari2 jikalau ada keluarga yang berpengalaman menjaga anak yang ada penyakit ini utk berkongsi cara2 penjagaan,pemakanan dan halangan2 yang perlu ditempuhi..
saya mohon jasa baik saudari utk boleh berkongsi pengalaman dengan saya..kerana saya risau tentang penyakit baby saya yang diberitahu oleh doktor jarang berlaku...
boleh text saya : 012-745 2849

Post a Comment