CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 27, 2012

Happy 6th birthday to angah

Hari nih 27/09/2012, genap usia Wan Darimi Hazim @ angah 6 tahun. Alhamdulilah syukur kepada Allah kerana memanjangkan usia anak ibu nih. Selamat hari jadi sayang. Doa dan harapan ibu agar angah akan menjadi anak yang soleh, anak yang sentiasa mendengar cakap ibu dan ayah, taat pada perintah Allah, tak lupa mengerjakan solat dan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu dan yah ketika ibu dan ayah hidup mahupun apabila ibu dan ayah tak ader nantii.

Semoga angah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Boleh menjaga adik-adik dan jangan nakal-nakal.

Ibu dan ayah sayangkan sgt angah cuma kalu ibu dan ayah marah tu adalah disebabkan angah tak
Mendengar cakap ibu dan ayah. Bukannya marah pasal tak sayang. Mana ada ibu dan ayah yang tak sayangkan anak- anak kan.

Apa lagi harapan ibu yer? Rasa macam-macam lagi tapi tak terungkap. Petang nanti kita celebrate sama- sama yer. Tapi tak boleh lah nak celebrate kat luar asal ibu masih dalam pantang lagi kita celebrate kita-kita jer kat umah ngan Syameel Fitrie. Boleh? Lagi pon masa besday ayah hari Tun takdir kek kan so kita gabungkan besday ayah, angah dan sambut adik baby sekali. 3 in 1. Ibu dah tempah kek chocolate kat kawan ibu nanti ayah bawa balik kek tu. Dan cakap ader jer angah nak makan , suruh ayah beli. Hehehehe ..

Ibu tak leh masak ag kalu boleh masak pon takperlah, kita mkn beli jer.

Keylah sayang, sekali lagi ibu ucapkan selamat menyambut harijadi yang ke 6, semoga sambutan kali nih akan meninggalkan kenangan terindah untuk angah. Ibu tak dan lah nak buat besday parti jemput kekawan angah bagai tapi cukuplah untuk kita sekeluarga. Aminnnn..


Monday, September 24, 2012

Hari ke 7

Alhamdulilah hari nih genap seminggu umur adik baby. Kuning adik baby pon dah normal dan tak yah gi klinik untuk check darah. Lega sgt ibu. Ibu pon semalam dah cukup 3 hari ibu mengurut. Segar rasa badan. Jahitan ibu pon ok so pendek kata ibu dan adik baby alhamdulilah dua-dua sihat dah.

Maktok dan tok walid pon dah balik hari nih. Nampak kat raut wajah maktok rindu kat umah alor setar. Ibu pon dah kata kat maktok kalu maktok nak balik alor setar pon tak pa dah. Ibu dah kuat. Ibu boleh masak sendiri dah. Lepas nasi dan lauk kat ibu. Baby Faris makan jer apa yg ibu suap dia. So dah boleh tinggal ibu ngan baby Faris dan adik baby.

Ayah hari nih last cuti. Esok dia kata nak keje dah tak mo amik cuti. Cuti pon sama gak hari2 ulang gi ofis. Takpalah nanti ayah kata dia akan balik la bg mandi adik baby. Ibu tak berani lagi. So far semua berjalan dgn lancar.

Alhamdulilah syukur sgt. Terima kasih kat maktok dan tok walid tolong ibu dan ayah. Ada maktok terurus sikit umah. Abang nak pi sekolah pon maktok buat breakfast. Lega sesgt. Baju disidai, dilipat , rumah dikemas .... Emmmmm lega byk ibu. Takpalah ibu dan ayah boleh uruskan lepas nih. Insyaallah.

Nih gambo adik baby umur seminggu.

Friday, September 21, 2012

Hari ke 4

Alhamdulilah hari nih hari ke 4 dah ibu berpantang. Baby pon alhamdulilah sihat cuma kuning jer yang merisaukan ibu. Tiap-tiap hari kena g check darah kat klinik. Sian adik baby hari-hari kaki dia kena cucuk. Ibu lak alhamdulilah sihat sgt. Hari nih ibu start mengurut dan akan mengurut selama 3 hari.

Tantrum adik baby tak dapat nak diteka lagi, malam pertama dan keda balik umah jenuh juga la ayah nak jaga, sejam sekali bgn nak minum susu dan teriak. Tapi alhamdulilah semalam tk plak.

Perangai abang-abang adik baby? Ya Allah tak lekang dari adik baby. Sentiasa mengeliling adik baby. Sayang benar ngan adik baby.

Ni gambar asik baby hari yg ke 4.


Wednesday, September 19, 2012

Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi

Semalam 18/9/2012 tepat jam kul 2.47 pagi, ibu dah selamat melahirkan seorang lagi hero. Alhamdulilah syukur sgt-sgt. Walaupun ibu rasa kali nih cam susah dan rasa sakit sikit tapi ibu bersyukur kerana semuanya selamat dan sihat. Ibu dan adik baby kini sihat cuma worried skit pasal jaundis adik baby dan alhamdulilah benda yg ibu paling risau ialah mengenai g6pd dan result g6pd adik baby adalah normal.

Skang nih ibu dan adik baby kat umah. Mujur ada tok walid dan maktok yg banyak membantu. Tima kasih maktok dan tok walid. Dan paling ibu nak ucapkan tima kasih bebanyak tentulah pada ayah. Ayah bersusah payah ke sini ke mari dan semalam ayah yg jaga adik baby. Ibu pengsan tak larat sesgt.

Tima kasih laling sayang. Sayang ayah ketat-ketat sgt.

Nilah hero ke 4 baru ibu dan ayah.




Saturday, September 15, 2012

Sign dah Ada...

Kemarin Petang sepatutnya nak ke hospital nak tengok aunty nurul ngan baby tapi terkelodot pasal ibu dah turun tanda darah dan lendir. Emmmmm...... Ambil nafas, Jgn kalut. Mujur ayah pon tak kalut. Memang dok pikiar nak hospital terus la... Tapi dok memikirkan sakit setengah jam sekali sat2 pas tu 15 minit sekali Pastu dia jadi setengah jam sekali plak. Memang tak konsisten.

Dalam dok pikiaq- pikiaq tuh dan lagi goreng halia , bawa kuar ikan dari freezer dan tipon paksu suruh mai tunggu depa adik beradik kalu ibu dan ayah pi spital. Emmmm...tipon aunty nurul tanya dia turun tanda camna. Dia kata dia gak turun lendir dan darah rai rasa sakit sgt Tulah yang dia terus pi hospital. Ibu lak turun tanda tapi tak sakit sgt. So google internet cam ner nak buat nak tunggu jer atau nak terus ke hospital.

Google punyer google masuklah blog ratuhatiku. Dia jenis forum so ibu dapatlah pengetahuan sikit ramai ibu-ibu kat situ kata biar sakit sgt dan tak leh senyum baru gi hospital. So ibu boleh lagi sapu sampah, makan dan sebagainya so ambil keputusan tak pergi lagi. Tgk malam nih cam ner kalu sakit sangat 5 hingga 10 minit sekali baru nak ajak ayah ke hospital. Tak mo g awal2 tak pasal2 kena seluk dan Pastu doktor cakap t ak buka lagi jalan dan kena balik dulu. Biarlah kali nih dan terus beranak Pastu terus boleh bawa adik baby balik umah. Amin. Semoga Allah permudahkan segalanya. Permudahkan dan percepatkan proses ibu nak beranak dan selamatkan lah adik baby dalam kandungan dan keluarkan adik baby dengan mudah, selamat, cepat dan sihat. Amin ya rabal alamin.

Friday, September 14, 2012

Happy 39th birthday to my wonderful husband

Untuk suami yang tercinta, ibu ucapkan selamat harijadi yang ke 39 , semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Thanks for being a wonderful husband to me and lovely daddy to our childrens. Ibu bersyukur sgt , semoga berusaha menjadi yang lebih terbaik. Ibu akan sentiasa menyokong apa yang ayah buat selagi ia tak salah dari segi agama. Ibu akan sentiasa berada di belakang ayah. Love u sooooo much.






Makan lagi....

Semalam lepas balik dari jusco perda singgah makan plak sate ngan mee rebus kat depan pejabat tanah Kulim. Senornya lama dah dengar sate kat sini sedap cuma tak berkesempatan nak pergi. So semalam kebetulan dah lalu depan tu dan buka lak tu, maka singgah lah makan. Mana tau takut2 beranak plak. Mekelan plak. Mee rebus tu lepas bersalin tuh agak2 6 bulan lepas bersalin baru boleh makan. So cover siap2. Kiranya semalam hari mencari makan jer. Hehehehehe




Thursday, September 13, 2012

Pre celebration besday ayah

Hari nih lepas gi hospital ibu terus ke ofis menguruskan Mc ibu. Pastu dah alang-alang tak sakit ibu ajak ayah gi aeon jusco perda. Emmm....ibu nak belikan hadiah besday kat ayah. Esok besday ayah. Ibu tak reti nak beli hadiah dan suprise-suprise kan ayah. Ibu ingat nak suruh jer ayah pilih hadiah apa yang dia nak. Itu jerla.

Dah alang-alang gi sana ibu kata kita terus celebrate yer tak. Esok beli kek jer gi makan. Mana tau beranak ka, tak larat ka so celebrate siap-siap. Apa yang ayah ambik untuk hadiah dia Wallet dan sling bag. Jangan ingat kita orang pompuan jer ada sling bag nih lelaki pon ada. Dan seperti biasa Faris pon dapat gak hadiah untuk dia. As usual. Besday sapa pon dia akan potong kek dan dapat hadiah waima besday hakeem (sepupu Faris) yang kat alor setar tuh pon dia nak kek Hepi besday to You gak. Ini kan besday ayah.....

Pakar 1 sekali lagi

Mmm..selagi tak beranak itu lah rutin yang perlu ibu lalui. Tapi kali nih last dirujuk ke pakar 1 . So dapat Mc lagi sehingga 26/9/12 seminggu selepas due date ibu. Alhamdulilah boleh berehat-rehat lagi kat umah ditemani baby Faris. Cuma minggu nih jer abang ngan angah ada cuti disebabkan upsr. Riuh sikit la umah dan penat gak la mengemas dan menyapu.

Tengoklah camna minggu nih. Tadi pon doktor dah cek jalan dan still lagi buka 1cm cuma doktor bg buka jln jer. Sakit Jgn dok cakaplah. Mengengkang jer jalan pas tu. Tak perlah adik baby takes time la bila adik baby nak kuar Sepatutnya due 19/9/12 nih. Ibu hanya mendoakan supaya adik baby keluar ngan mudah, cepat, sihat dan selamat. Amin.

Wednesday, September 12, 2012

Mainan baru baby Faris

Hari ahad tu gi giant nak beli kek pasal si Faris nih mengamuk nak kek Hepi besday to You lak. Senornya hari ahad tuh besday hakim sepupu si faris jadi kebetulan tok walid mai umah ajak dia balik alor setar celebrate besday hakeem.

Faris nih pula kan boleh di ajak main-main, dia ingat betul tok walid nak bawa balik ke alor setar. Bila tok walid balik tak bawa dia apa lagi mengamuk dan merajuk la kawan. Punya nak pujuk kata kat dia petang lepas ayah balik keje kita pergi beli kekhepi besday to You.

So petang tuh gi la giant sebagai memenuhi janji kat Faris nih. Dah beli kek siap nak mainan plak tuh. Mainan plak bukannya mainan yang selalu dibeli, mainan yang luar biasa bagi seorang boy. Nak tau mainan apa

.....
.....
.....
....
.....

Wednesday, September 5, 2012

Rutin biasa (gi klinik)

Apa aktiviti hari nih? So cam biasa perut dah masuk 38 nih kena g klinik seminggu sekali selagi tak beranak. Hari nih bangun lambat skit asal adik baby dok bergerak sgt semalam sampai ibu tak lena tido.

Tunggu ayah mai amik kat umah asal nurse kat klinik desa tuh tak bagi ibu bawa keta dah Sejak kejadian minggu lepas sakiti perut sambil bawa keta demi takut yer beranak dalam keta. Hmmmm lepas g klinik pergi beli makan asal mmg ibu dah tak masak dah. Tak larat sgt dah Ag pon Faris dah merungut lapo sgt. Saja amik gambo Faris makan dengan laponya. Semangat gila. Lauk yang dibeli pons dia yang pilih sendiri. Ikan keli goreng.

Tuesday, September 4, 2012

Aktiviti hari nih

Apa yang ibu hari nih? Selain berehat? Hehehehe....hari nih ibu prepare kan benda-benda yang ibu akan makan semasa berpantang nanti. Tengahari tadi ajak ayah g sg ular membeli ikan selar, ikan tenggiri, ikan sesudu ( tah betul x betul ) nama ikan nih. Ibu tanya kat orang jual ikan tadi, ikan apa yang orang berpantang leh makan, so dia bagi ikan tuh. Betul la kot. Ibu beli gali, lada hitam n putih. Lada hitam dah ditumbuk dan halia ibu dah goreng. Simpan jer.

Manalah tau beranak tengah2 malam, kan so ayah hanya goreng ikan yang ibu dah siang tu dan bawa segala- sala benda yang ibu prepare tu kat hospital sementara menunggu maktok dan tok walid mai dari alor setar.

Preparation semua dah buat cuma tunggu adik baby kuar jer lagi. Bila la adik baby nak kuar nih? Ayah dan ibu dah izinkan dah adik baby kuar cuma mungkin perjanjian adik baby ngan Allah kot belum selesai tu lah yang adik baby tak nak kuar. Sayang ibu dah redha dah nih. Kuarlah bila-bila pon insyallah ibu dah bersedia cuma ibu harapkan adik baby kuar dengan mudah dan selamat. Permudahkan dan percepat lah ibu bersalin. Amik, amik ya rabal alamin.

Admitted hospital Kulim

Senornya n3 nih untuk 29/8/12 ari tuh. Camner tah tak jadi tadi ibu terpublish cam tu jer tanpa edit. Terkejut plak nanti orang baca ibu admitted lagi. Heheheheh......

Hari nih ibu masih cuti lagi dan masih bersantai-santai dok umah ngan baby Faris dan kebetulan hari nih follow up kat klinik desa sg ular. Nak minta tlg ayah bawa gi klinik tapi ayah meeting lak so ibu bawa baby Faris g klinik check perut.

Masa check perut adik baby buat-buat contraction lak Pastu nurse kat sana dah cuak dan suruh ibu g hospital gak. Entahlah rasa berdebar gak. G hospital gak check jalan baru buka 1 cm. Nak jadi cite buat ctg graf t ak berapa cantik tuh lah yang kena admitted. Kalu tidak tadi dah sah- sah boleh balik umah. Bosan Nyer kat cni.

Lama tak hapdetkan!

Kalu dulu dok gaduh pasal banyak keje sebab tu lah lama tak hapdetkan blog nih. Nih dah doktor bagi cuti 2 minggu dok umah berjimba2 n berehat2 pon tak hapdet gak blog. So alasan apa lagi? Emmmmm.... Senornya malas la.... Hehehehehe ag pon walaupun cuti gi gak ofis buat keje yg bakal ditinggalkan.

Kalu ikut minggu lepas ibu dah admitted hospital Kulim, rasanyer dah hapdet tapi tak masuklah mungkin masa tu line tak clear. Tak per lah, kita hapdet utk n3 nih. DoktOr bagi discharge sebab tarikh due lambat ag. Tulah yang doc Kama bagi ibu Mc sampai 2 minggu tuh. Tak best ka?..jadi 2 minggu nih dok umah ngan baby Faris. Bolehlah kemas umah skit2 tak larat rehat.

Semalam pi lagi ofis amik assignment ngan midsem yang belum bertanda. Sian nak bagi orang lain tanda. Lepas tuh gi bank urusan memasukkan duit raya anak2 dalam tabung haji dan seterusnya misi ibu gi miyatoki beli mangkuk bubur. Hehehehe sempat lagi tuh.... Ayah? Ayah ikut jer. Sendirinya tak beli banyak pon membeli bagi melengkapkan apa yang tak dak ag. Tu jer... Percuma yg banyak.