CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 27, 2012

Happy 6th birthday to angah

Hari nih 27/09/2012, genap usia Wan Darimi Hazim @ angah 6 tahun. Alhamdulilah syukur kepada Allah kerana memanjangkan usia anak ibu nih. Selamat hari jadi sayang. Doa dan harapan ibu agar angah akan menjadi anak yang soleh, anak yang sentiasa mendengar cakap ibu dan ayah, taat pada perintah Allah, tak lupa mengerjakan solat dan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu dan yah ketika ibu dan ayah hidup mahupun apabila ibu dan ayah tak ader nantii.

Semoga angah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Boleh menjaga adik-adik dan jangan nakal-nakal.

Ibu dan ayah sayangkan sgt angah cuma kalu ibu dan ayah marah tu adalah disebabkan angah tak
Mendengar cakap ibu dan ayah. Bukannya marah pasal tak sayang. Mana ada ibu dan ayah yang tak sayangkan anak- anak kan.

Apa lagi harapan ibu yer? Rasa macam-macam lagi tapi tak terungkap. Petang nanti kita celebrate sama- sama yer. Tapi tak boleh lah nak celebrate kat luar asal ibu masih dalam pantang lagi kita celebrate kita-kita jer kat umah ngan Syameel Fitrie. Boleh? Lagi pon masa besday ayah hari Tun takdir kek kan so kita gabungkan besday ayah, angah dan sambut adik baby sekali. 3 in 1. Ibu dah tempah kek chocolate kat kawan ibu nanti ayah bawa balik kek tu. Dan cakap ader jer angah nak makan , suruh ayah beli. Hehehehe ..

Ibu tak leh masak ag kalu boleh masak pon takperlah, kita mkn beli jer.

Keylah sayang, sekali lagi ibu ucapkan selamat menyambut harijadi yang ke 6, semoga sambutan kali nih akan meninggalkan kenangan terindah untuk angah. Ibu tak dan lah nak buat besday parti jemput kekawan angah bagai tapi cukuplah untuk kita sekeluarga. Aminnnn..


0 comments:

Post a Comment