CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 4, 2012

Aktiviti hari nih

Apa yang ibu hari nih? Selain berehat? Hehehehe....hari nih ibu prepare kan benda-benda yang ibu akan makan semasa berpantang nanti. Tengahari tadi ajak ayah g sg ular membeli ikan selar, ikan tenggiri, ikan sesudu ( tah betul x betul ) nama ikan nih. Ibu tanya kat orang jual ikan tadi, ikan apa yang orang berpantang leh makan, so dia bagi ikan tuh. Betul la kot. Ibu beli gali, lada hitam n putih. Lada hitam dah ditumbuk dan halia ibu dah goreng. Simpan jer.

Manalah tau beranak tengah2 malam, kan so ayah hanya goreng ikan yang ibu dah siang tu dan bawa segala- sala benda yang ibu prepare tu kat hospital sementara menunggu maktok dan tok walid mai dari alor setar.

Preparation semua dah buat cuma tunggu adik baby kuar jer lagi. Bila la adik baby nak kuar nih? Ayah dan ibu dah izinkan dah adik baby kuar cuma mungkin perjanjian adik baby ngan Allah kot belum selesai tu lah yang adik baby tak nak kuar. Sayang ibu dah redha dah nih. Kuarlah bila-bila pon insyallah ibu dah bersedia cuma ibu harapkan adik baby kuar dengan mudah dan selamat. Permudahkan dan percepat lah ibu bersalin. Amik, amik ya rabal alamin.

0 comments:

Post a Comment