Membebel.....membebel...selalu sgt Mr. hubby kata cam tuh kat teman.....ibu nih suka sgt bebel....bukan nak bebel sgt...teman nak menceritakan keadaan yang sebenor? membebelkah itu? rasanyer bagi teman itu bukan membebel.....
tapi kan kadang-kadang itu kan mewarnakan kehidupan rumahtangga kita? kalu balik umah senyap jer..tak sonok kan...itu pendapat teman lah bagi pihak yang dikatakan membebel..taktahu plak bagi pihak yang dibebelkan...ishh.......nih ader part yang teman nak kognsi dengan blogger sume.....nih kita amik dari ummi ahmda dari blog chenta hati saya....pinjam jap yer nak cite kat mr. hubby jap....
Kalau ikut hidup Islam yang sebenarnya ketika di zaman Rasulullah s.a.w, isteri-isteri baginda mahupun sahabat sebenarnya tak bekerja seteruk para isteri di zaman kini. Betapa baginda dan para sahabat begitu meraikan dan menyayangi isteri-isteri mereka sehinggakan Khalifah Umar r.a yang garang dan iblis kalau terserempak dengan Umar akan ikut jalan lain pun ikut turut menolong isterinya membuat kerja-kerja rumah. Isteri Umar siap membebel-bebel dengan Umar sebab banyaknya kerja rumah nak dibuat sampai ada rakyat yang ingin datang mengadu sebab isterinya pun kuat membebel terdengar dan pelik dengan sikap Umar yang berdiam diri.
Tapi Umar dengan tenang menjawab, "Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama. Pasti akan pulih sendiri."
Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.
emmm..boleh dak para suami buat cam tu? hehehehe.....dengo jer lah...bukan bernanah pon telinga tu...(amik ayat dari sorang kawan teman ) ....
2 comments:
insyaallah... tapi bole ke para isteri pun melayan para suami mereka seperti isteri-isteri para nabi dan sahabat???? basuh baju dah pakai mesin tu pun kalu tak pi dobi... masak dah boleh tunjuk je kat kedai... kalu ada amah kat umah.... camanerrr? cakap dan tulis memang senang tapi kalu nak buat ish.. ish..ish...
ish..ish..ish... hehehe.. sabor yeop..sabor...
Post a Comment