Sejak dua menjak nih air mata teman cepat sangat nak jatuh....sebut jer nama baby, air mata dah bergenang..tak taulah...adakah ini normal ataupon memang akan dilalui seorang ibu apabila anaknya akan menjalani pembedahan? entahlah...Setiap kali selesai solat dan time berdoa, air mata tiba-tiba akan mengalir dan terus mengalir....jangan kata teman, mr. hubby pon sama...adakah maksud kami berdua tak cukup kuat untuk menghadapi dugaan ini?
Petang tadi, unit LI ofis mr. hubby mengadakan doa selamat untuk baby faris...sekali lagi air mata teman jatuh...tak dapat ditahan-tahan lagi...sama mr. hubby dia pon tak dapat menahan air mata nyer daripada mengalir tatkala pengerusi majlis meminta mr. hubby menceritakan tentang keadaan baby faris.....alhamdulilah majlis doa selamat tersebut selesai dengan baik....terima kasih teman ucapkan kepada unit LI yang berusaha mengadakan majlis tersebut untuk baby faris...segala budi baik korang akan teman kenang....terima kasih kepada kekwan yang banyak menyokong teman dan tak jemu-jemu memberikan semangat dari segi moral, kewangan dan kata-kata manis yang dapat melegakan hati teman....Terima kasih kerana berdoa untuk baby faris...kepada seluruh ahli keluarga teman juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi semangat kepada kami serta terus berdoa untuk baby faris....
So, malam nih dah abih dah teman mengemas barang keprluan yang perlu di bawa esok. Harap-harap tak der yang tertinggal...esok insyaallah dalam kul 8 pagi kami akan bertolak pergi kerumah mak mr. hubby untuk mengambil opah utnuk menemani abang dan angah berada di putrajaya selama ibu dan ayah menemani baby di IJN. So mungkin dua tiga hari nih teman kan offline sehingga betul2 teman dapat meredakan perasaan teman bila berada di ijn.
Teruskan lah berdoa untuk baby faris sehingga selesai baby faris menjalani pembedahan tersebut......semoga selamat semuanyaa amin...amin ya rabbal alamin...
Nasi Goreng Ikan Masin
-
Saya hari ini telah pun discharge dari hospital selepas beberapa hari
dimasukkan ward kerana menjalani prosedure membuang batu karang.
Alhamdulillah se...
18 hours ago
1 comments:
insyaallah kak ayu..kami kawan2 sering mendoakan kesejahteraan baby faris...semoga semuanya berjalan seperti yang di rancang... janganlah sedeh2... kak ayu ngan cik yeop kene kuat.... kuatkan semangat untuk anak2 tersayang... yerlaaa.. teman faham perasaan seorang ibu... be strong yer.. semoga kembali semula kekulim dengan ceria... insyaallah...
Post a Comment