CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 1, 2012

Alahai Faris...

Lama tak menjenguk blog, nak kata busy tak juga cuma tak kesempatan nak hadap iPad lama-lama nak hapdetkan n3 baru. Senornya banyak cite yang ibu nak masukkan tapi dah jadi sejarah. Takpalah sejarah pon sejarah la nikan blog ibu n3 sejarah ka dah ketinggalan zaman ka ikutlah kan.

Kali nih nak cerita pasal si Faris nih. Memang perangai anak kecil kot kalu dapat adik baru perangai dia akan melampau. Faris nih macam- macam dia buat kat adik dia. Apa yang ibu buat kat adik dia akan buat kat adik dia. Macam ibu bagi susu sambil baring dia pon buat camtu sampai adik tak leh bernafas la, mujur ibu tengok.

Tambah lagi perangai dia yang menguji kesabaran ibu dan ayah. Adik dalam buai bergerak sikit dia pergi hayun sampai adik jaga, cium adik kuat-kuat, tak nak makan ubat, main tak nak simpan dan skang nih dah pandai cakap, cakap yang bukan2 plak. Semua tu membuat kesabaran ibu tergugat. Kalaulah nak marah tak sampai hati .. Entahlah ngan Faris nih ibu tak leh nak marah dia mungkin kerana apa yang dia dan ibu dah lalui. Tak sampai hati. Tapi kalu tak marah melampau lah plak. Tapi kadang- kadang terlepas gak takat cubit tu lah tu pon lepas tu rasa cam menyesal lak.

Dengan abang dan angah selalu lah gaduh dan dia akan selalu menang. Ibu ajar pada abang dan angah supaya selalu beralah dengan Faris. Selalunya akan berebut psp, iPad, handset ayah dan barang mainan yang bukan dia punya. Dia akan teriak dengan nada sedih, dan memanggil nama ibu untuk dapatkan apa yang dia nak. Ibu memang tak boleh dengar dia nangis dan kalu abang dan angah tak nak beralah dengan Faris maka deme lah akan kena marah ngan ibu.

Ayah selalu marah ibu kata ibu pilih kasih pada anak- anak sayangkan Faris lebih-lebih. Bukannya pilih kasih cuma dah dia anak yang istimewa so layanan pon istimewa lah kan. Cuma ibu kalu marah, lepas tu ibu akan menyesal dan ibu akan ingat saat2 dia nangis di ward PICU ijn tuh dulu, ibu tak tertahan. Ibu akan nangis.

So skang nih ibu lebih banyak belajar bersabar mentelah dah ada anak empat orang dan melayan karenah anak-anak yang pelbagai. Semoga Allah memberi kesabaran tuh pada ibu. Insyaallah.

0 comments:

Post a Comment