CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 3, 2012

Reward for myself

Hari nih rancang nak gi jejalan kat jusco perda, yerla dah lama target lepas pantang nak gi sana. Nak beli apa? Nak beli makanan yang dah lama di idam semasa pantang. So, nak beli big Apple, aunty anne's, tart telur, aiskrim baskin robins, chicken's chop, dan macam2 ag...dapatlah...

Selalunya kalu lepas pantang nih, dlm masa 2 minggu lagi ibu akan masuk keje, so ibu akan membeli handbag, kasut dan baju buat persiaan mak masuk keje nanti. Maklumlah waktu ibu ngandung dulu selekeh jer tak kisah semua tu janji ada. Tapi bila balik dari cuti bersalin nih nak la bergaya skit. Tapi disebabkan ibu cuti 3 bulan so ada banyak masa lagi. Benda2 tu nantilah ibu beli. Bulan 12 nih nak ke kl pasal anak sedara ayah nak tunang so cadang2 nanti nak pergi SOGO mesti ada year end sale.

So skang nih memenuhi permintaan anak tekak dulu. Bukan makan banyak pon. Sikit-sikit jer. Anak-anak yg mkn lebih. Rasanya hari nih cempedak jugalah ibu bershopping. Macam2 ibu beli. Hahaha ha baju anak2 la dan semestinya membeli baju untuk adik baby Syameel Fitrie ler. Beli juga plat gym untuk dia. Sebab skang nih dia dah pandai tgk tv. Jadi beli plat gym nih, berwarna warni maka mungkin adik akan sonok. Dan tentunya ngajak anak2 singgah kedai buku Popular beli bahan bacaan untuk musim cuti nih...dari anak hingga ayah lah membeli buku. Ibu beli majalah jer lah.

Semalam pergi gunting rambut rasa rimas sgt rambut panjang, dah alang2 ayah boleh jaga adik ibu buat treatment rambut sekali. Sejam lebih jugalah, cuci rambut dan stim rambut dengan yogurt. Cewah rasa lega sgt org urut kepala. Sekali sekala kan, apa salahnya. Kerja teruk2 kan tak boleh nak belanja diri sendiri. So dalam 3 hari nih ibu nih dok mengurut bagi tegang kan urat2 badan. Rasa selesa sgt. Tok mengurut tu kata kena jaga badan sebab kita nih orang perempuan nih banyak benda bawah jagaan kita, anak, suami, rumah dan keja. Kalu sakit lumpuh segalanya. So ikut jer la, lagi pon Preparetion untu 2 bulan nih nak jaga 4 orang anak, kan dah nak cuti sekolah maka abang dan angah akan ada kat rumah. Dan ibu boleh bayangkan macam mana nanti ibu dengan mengemas rumah, masak, jaga adik Syameel, melayan karenah Faris dan abang dan angah yang selalu bergaduh. Ya Allah berikan kekuatan dan kesabaran padaku untuk menjaga amanahMu ini. Amin...

0 comments:

Post a Comment