CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 28, 2011

ni ha, the latest one....

 gambar terbaru, baru amik semalam...beza dak?


 buat-buat terkejut.....parut luka jatuh kat umah tok walid....


 mola-mola main ngan bek hoe, pastu nampak minyak tyt.....


 nampak minyak tyt plak...test tengok....


 ha! main apa tu? baby kalu main mesti ralit...


 bek hoe kesayangan...hadiah dari ayah lepas buat surgery kat IJN ari tuh...


 dapat dah minyak tyt...habis dia lumurkan kat kaki dia....mola-mola sikit, pastu terus dia tuang...


gambar blur sikit..maklumlah camera handphone jer...masih amatur..

Nemuk dak baby faris?

 nampak dak baby faris dah berisi balik?


zoom dekat sikit....gambo terbaru dak la sgt, tapi gambo lepas kuar hospital lah...




p/s : ibu doakan baby akan terus begini...lalu makan dan sihat sebegini....

Monday, June 27, 2011

Kaabah enggan bergerak....

Assalamaualaikum....ini adalah salah satu cerita yang ibu baca dari meail ibu...Subhanallah banyak betul pahala kita kalau mengerjakan haji dan umrah...kalu dah duit tu pergilah umrah..ibu dan ayah pon dah ada berbincang mengenai hal nih...memang dah ader niat tapi belum ada kesempatan dan baby faris masih lagi kecik untuk ditinggalkan....nak bawa semua? insyallah ...tapi budget belum ader untuk semua...insyallah nanti lah bila betul2 duit dah cukup...insyallah semoga Allah permudahkan...

KAABAH ENGGAN BERGERAK



ihsan google..

Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi.



Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.



Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.



Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak

menuju ke syurga.



Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.



Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir..



Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.



Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.



Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.



Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....



Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....










Darling, sorry!

pasal baby faris

Assalamualaikum....rasenyer dua tiga menjak nih, banyak n3 berkisarkan hidup ibu kan....sian baby faris...lama ibu tak updated kan citer pasal baby faris...ibu buat bolg nih pon pasal baby....tapi banyak plak citer mengenai ibu......bukannyer apa pasal ibu nih maleh skit nak masukkan gambo baby dalam komputer...tulah ibu tak citerkan pasal baby.....

Skang nih kesihatan baby alhamdulilah bertambah baik..baby pon dah mola nak makan banyak-banyak...suka sgt ibu tgk...insyallah nanti bila ibu dah transfer gambar baby dalam handset ibu ke dalam komputr ibu akan masukkan dalam blog ibu...sume gambo baby...skang nih ibu tgh sibuk sgt...pagi meeting, petang meeting...entah apa yang dimeetingkan pon ibu tak tau.....ibu cuma masuk dan dengor jer...ibu minta maaf yer sayang...nanti ibu updatedkan yer sayang...kerlah ibu nak buat koje...ibu janji insyallah ...

Wednesday, June 22, 2011

kisah nasi lemak


Kisah nasi lemak 50 sen...lawak bila baca surat nih dan rasa ada betulnya surat nih...senornya ibu terima email nih dari seorang kawan ibu....bila baca benda nih rasanyer nak kongsi dengan blogger yang lain....sila renung-renungkanlah...


ihsan google...


Ke hadapan Guru Besar yang saya kasihi,
Saya, Mohd Hazwan salah seorang murid pemulihan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 5, ingin memohon kepada tuan untuk menarik balik larangan menjual nasi lemak di kantin sekolah.Untuk pengetahuan tuan, saya sekarang sudah tidak semangat lagi untuk belajar ketika di dalam kelas kerana tidak dapat makan nasi lemak 50 sen pada waktu rehat.Nasi lemak merupakan sumber tenaga utama saya setiap hari.Kebanyakan kawan-kawan saya juga merasakan hal yang sama
Saya juga pernah mempunyai dua orang abang yang bersekolah di sini satu masa dulu, mereka memberitahu saya yang mereka hampir setiap hari makan nasi lemak di kantin sekolah walaupun dulu harganya cuma 30 sen sepinggan.Tuan nak tau di mana mereka sekarang?Seorang telah menjadi doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur dan seorang lagi akan menamatkan pelajaran dalam bidang teknologi makanan tidak lama lagi.Jadi saya rasa alasan murid-murid akan menjadi lembab dalam pelajaran adalah tidak munasabah.
Alasan kedua yang mengatakan nasi lemak boleh menjadi penyebab obesiti juga adalah kurang tepat. Walaupun saya hari-hari makan nasi lemak tapi saya tidak juga obesiti. Saya masih slim dan berat sentiasa maintain kerana saya selalu beriadah antaranya berlari-lari di padang dan lari dari sekolah.Sebenarnya ini berpunca dari gaya hidup murid-murid sendiri yang selalu mengamalkan budaya 'makan tidur facebook blog tidur' seterusnya menyumbang kepada obesiti.Justeru, saya mencadangkan agar waktu Pendidikan Jasmani ditambah dari 1 jam seminggu kepada 4 jam seminggu.Selain itu perhimpunan pagi juga boleh digantikan dengan senamrobik untuk menggalakkan murid-murid bersenam.Hari Sukan sekolah juga perlu dibuat setiap 2 bulan sekali.
Tambahan pula, larangan penjualan nasi lemak di kantin telah menyebabkan jualan makcik kantin merosot dengan mendadak.Saya dapat lihat riak wajahnya yang sentiasa bermuram setiap hari.Saya bimbang ini akan memberi kesan kepada kesedapan makanan di kantin sekolah kita.
Saya berharap agar pihak tuan akan mempertimbangkan aduan dan cadangan saya ini. Bak kata pepatah 'nasi lemak merupakan warisan zaman-berzaman, takkan nasi lemak hilang di dunia'.


Yang benar,
Murid pencinta nasi lemak 50 sen

p/s : betul dak apa yang dikatakan oleh budak nih?

sonoknya....





ihsan google..sonok gila

hari nih dah hari rabu....esok khamis..lusa jumaat...senornya ibu sonok nih pasal nak balik alor setar, umah tok walid...lama dah tak balik alor setar dari baby admit HPP ...dah nak masuk 3 bulan kot....semalam tipon tok walid cakap nak balik taok walid gembira sgt..dia cakap dah rindu sgt kat baby faris.....yerlah...insyallah nanti hari jumaat kita balik yer..tunggu yer maktok dna tok walid...makna nya kita balik kali nih kita bawa balik opah sama...

Monday, June 20, 2011

sory, tak dan...

 ihsan google


sory, lepas balik cuti nih tak dan nak masuk blog....jangan kata nak masuk tengok blog, on komputer pon tak dan....kemarin ofis buat pot luck...pagi dah gi makan pastu kul 10 teru ada taklimat RKK sampai tengahari...pas tu balik umah..petang meeting jadual...pagi nih pagi mai ofis terus meeting jadual sambung petang semalam...petang sembang sat la nih baru on komputer busy sgt dak?



ihsan google...

Thursday, June 16, 2011

sonoknya, boleh rehat

ihsan google....cuti 2 hari...

dah khamis dah hari nih...sonoknya esok jumaat..cuti dua hari...nak rehat...penat sgt.....

teman opah puasa

 ihsan google

hari nih 14 rejab dah...kebetulan terjadinya gerhana bulan dan esok 15 rejab...jadi opah kata dia nak posa hari nih dan esok...so ibu teman lah opah berpuasa hari nih....esok insyallah kalu diizinkan...opah nih rajin skit puasa yerlah dia kata dari tak buat apa-apa bagus juga puasa sunat nih, dapat gak pahala...yerlah ibu pon samalah....dah nak dekat ramadhan nih..belajarlah puasa balik nanti takut perut tak serasi lak...sepanjang tahun nih makan jer....lagipon puasa ganti dah buat dah...alhamdulilah....follow jer lah opah...


ihsan google...maleh cakap banyak ari nih...puasa...nak rehat jer...

i'm not in the mood

 ihsan google...


ihsan google.....paham kan...


emm......tak der mood....tak nak buat aper2 pon ari nih...nak rehat and sembang  jer...boleh?

Wednesday, June 15, 2011

Sendiri, menguruskan anak-anak...

ihsan google....

Assalamualaikum.......emmmmhari nih ibu seorang diri menguruskan anak-anak dan opah...ayah gi kursus kat langkawi......takper, 3 hari dua malam jer....insyaallah ibu boleh settlekan... setelah sekian lama ibu dan ayah menguruskan anak-anak semenjak babu dok kat hospital hari nih ibu seorang jer yagn akan berulang alik balik umah nak tengok baby bersama opah kat umah...

so rutin akan menjadi begini...pagi-pagi ibu bawa baby, abang dan angah gi punch card lepas tu hantar abang dan angah ke sekolah...pas tu ibu hantar balik baby kat umah...ibu masak makan pagi baby dan opah dan uruskan baby mandi dan bagi makan...pastu ibu tinggalkan baby ngan opah...alhamdulilah la nih baby dah tak toyak dah bila ibu gi koje....baby dah serasi dah dok ngan opah....tima kasih opah jaga baby....kul 12 ibu balik beli lauk dan masak nasi...pastu ibu bawa baby gi amik abang dan angah kat sekolah...balik umah bagi makan abang, angah dan baby makan tengahari...petang ibu tinggalkan baby, abang dan angah kat umah dengan opah...petang kul 5 ibu balik dari koje.....so hari nih ibu kena bawa baby ronda-ronda la ...selalunyer keje ayah bawa baby ronda-ronda....malam...ibu penant nanti ibu nak tido awal...heheheheh

i.m not alone...

Monday, June 13, 2011

Alhamdulilah, syukur kepada Allah...

ihsan google...alahamdulilah syukur kepada Allah


Alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana memberikan khabar dan berita gembira buat ibu dan ayah...Pagi tadi adalah follow up yang kedua selepas baby discharge dari hospital Pulau Pinang...So Dr. Anu Ratha telah membuat echo kat baby faris dan mengkhabarkan berita gembira bahawa air dalam paru-paru baby yang sebelah kanan dah tak ada dan sebelah kira hanya ada sikit iaitu yang paling minima yang ibu dah ayah tak perlu risau..itu kata dr. Anu....itu yang membuatkan ibu dan ayah gembira sgt....semalam ibu risau sgt...nak buat apa pon tak boleh...risau sgt mamikirkan hari nih nak ke penang untuk followup baby...

Lega sesgt bila dengar perkabaran tuh....dan seperti Dr. Koh cakap dan juga diulangi oleh Dr. Anu bahawa fat free diet baby kena juga diteruskan sehingga hujung bulan nih...takperlah sayang...itu ibu boleh uruskan..cuma sekarang nih ibu risau baby tak nak makan sebab ubat penosyolode tu dah diberhentikan selasa minggu lalu...so hari nih dah genap 7 hari baby tak ambil steroid tuh...nampak sgt perubahan pemakanan baby...baby dah skerap mengambil makan dia...skang nih baby dah back to normal macam sebelum baby buat pembedahan jantung tuh...baby dah tak nak makan...makan pon kena paksa...itu yang buat ibu risau....ibu akan cuba masak makanan yang baby suka dan mengikut nasihat dietician....

So bebalik kerisauan ibu dan ayah semalam membuatkan kita sekeluarga tak sambut besday abang...sian abang semalam.....petang semalam kita hanya beli satay utnuk kita makan sekeluarga tak ader kek harijadi disebabkan baby tak leh makan....takper sayang kan ibu dah janji bila baby dah baik nanti kita akan sambut besday abang yer...belated, belated lah yer...janji kita akan sambut....cuma lepas ibu dah ayah balik hospital penang tadi , terlintas di fikiran ibu nakbeli hadiah dan beli jajn utnuk di berikan kepada kawan-kawan abang....sian abang...pasai pa la ibu tak terpikiaq benda tuh hari sbtu hari tuh...yerlah abang ibu serabut dengan baby appointment nak ke hospital penang hari nih...ibu minta maaf yer abang.. so esok abang gi sekolah boleh lah abang bawa goodiws yang biu dah sediakan tuh untuk diberikan kepada kekawan abang....nanti ibu dan ayah balik dari koje ibu dahn ayah ada suprise untuk abang..tunggu yer...so apa yang abang akan dapat untuk hadiah besday abang akan ibu update untuk n3 esok.....

Sunday, June 12, 2011

Happy 6th Bithday Darwish Naufal

12 JUN 2011

Hari ni genap Wan Darwish Naufal 6 tahun...Alhamdulilah dan syukur pada Allah kerana masih memberi peluang pada ibu untuk membesarkan anak ibu nih...Dah besar anak ibu skearang nih..tapi kalu ikutkan abang, aband dah banyak boleh tolong ibu....terima kasih kat abang..so ibu harap abang akan menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah dan mendengar cakap ibu dan ayah serta menjadi seorang insan yang baik.....ibu minta maaf bebanyak kat abang pasal hari nih ibu tak leh nak buat kek (tak buat la, dalam erti kata beli kek) pasal baby tak leh nak makan kek lagi...kalu kita belik kek nanti mesti baby nak makan, sian kat baby yer...insyallah nanti lepas baby boleh makan kita akan buat sambutan hari jadi abang..belated yer sayang...so ibu nak ucapkan selamat harijadi abang yagn ke 6...ibu sayang sgt kat abang....nak menceritakan detik2 kelahiran abang, nantilah yer..skang nih banyak kerja nak buat lepas nih kalu ibu free ibu akan cerita balik...key sayang semoga abang menjadi anak yang soleh yer...dan menjadi pelindung untuk adik-adik serta ibu...ibu sayang sgttttt kat abang....happy besday.....

Thursday, June 9, 2011

SELAMAT HARI BAPA

Assalamualaikum.....selamat pagi......hari pepagi dah boleh masuk blog nak update apa yang patut...tak macam semalam...nak on computer pon tak dan sebab semalam kurusu kita kena audit ngan team simulasi MQA....pra-audit lah.....detail giler tanya.....dari pagi sampai tengahari....takperlah..kita tinggalkan yang tu sebab apa ia dah berlalu...the past is past....

so sekarang nih ibu nak berbicara pasal hari bapa...bila tah...tapi yang pastinya ia bulan Jun kan....kadang-kadang ibu tanya gak mengapa hari bapa nih tak semeriah atau tak best cam sambutan hari ibu? tahun nih ibu sambut hari ibu kat hospital....kalu ikut pon famili kita tak lah sambut gah sgt pon setakat anak-anak wish kat ibu danibuakan wish kat mak ibu itu jer...tapi bila hari bapa nih tak tau cam ner nak sambut...

Kalu diiutkan ibu nih memang istimewa kan berbanding bapa..tapi tak dinafikan kasih sayang seorang bapa pon sgt2 dihargai juga...macam anak-anak ibu nih mesti nak ayah gakkan..so ibu tak nafikan..tapi lagu nih dah menerangkan segala-galanya...

Who should I give my love to?

My  respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your MOTHER
Who next? Your MOTHER
Who next? Your MOTHER
And then your father

Ibu bukan nak mendabik dada kata pada ibu jerlah anak-anak ibu kena mengutamakan ibu tapi memang ibu yang perlu diutamankan....mengapa begitu? kerana ibulah yang mengandungkan anaknya selama sembilan bulan 10 hari, dan dalam masa mengandungkan ibu bawa anak-anak ibu kemana sahaja ibu pergi dan tiba waktu nya ibu bertarung nyawa melahirkan anak-anak ibu...sakitnya hana orang yang mengalaminya sahaja dapat mengerti....tapi itu memang dah ditetapkanj oleh Allah hanya manusia yang bergelar wanita sahaja yang boleh mengandung tidak kepada kaum bapa...so itulah yang istimewanya ibu....dan perlu mengutamakan ibu...

sian kat ayah kan...ayah juga memberikan kasih yang tak berbelah bagi pada anak-anaknya...cam ayah ibu, tok walid sama gak...memberikan kasih sayang yang tak berbelah bagi pada ibu...ibu juga sayang kat ayah ibu tapi ibu kena mengutamakan mak ibu jugakan...kerana apa? selalunya ibu nih dia lebih mengetahui segala-galanya mengenai anak-anaknya...apa anak dia suka makan? bila perlu panggil makan, bila time demam, saper yang jaga anak waktu malam...? so semua ibu yang buat...ader gak ayah tolong tapi ibu yang lebih segala-gala dalam penjagaan anak-anak..itulah yang menyebabkan ibu nih istemewa.....

tapi aper pon ibu nak ucapkan selamat hari bapa untuk ayah ibu, syed hamid bin syed hassan...terima kasih kerana menjadi bapa yang baik kepada ibu dan terima kasih atas segala pengorbanan untuk ibu semasa ibu kecil sehinggalah sekarang....

dan untuk suami tersayang terima kasih kerna menjadi ayah yang paling terbaik untuk abang, angah dan baby....segala perhatian dan kasih sayang diberikan menjadikan anak-anak kita sentiasa gembira dan bersyukur diatas nikmat pemberian Allah...terima kasih di atas kesabaran dan tunjuk ajar yang diberikan kepada anak-anak...berusahalah menjadi bapa yang paling terbaik utnuk anak-anak kita dan jadikan mereka berbangga kerana mereka mempunyai bapa seperti MUHAMMAD FAIRUZZAIRI BIN  ABDUL HAMID.

SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA.





Tuesday, June 7, 2011

dah pandai buat muka...




Aksi marah..mola nak buat muka....ropnya nak dvd..nak tengok toy story 3......faris..faris.....skang nih dah pandai buat muka....

Monday, June 6, 2011

Boy or girl?

faris dalam rupe girl...boleh?


Assalamualaikum......pagi nih sibuk skit pasal nak siapkan MQA 01 yang dulu tuh...tapi kejap jer...alhamdulilah dah siap...sajer dok tengok gambo baby masa kat hospital...sebulan dok kat hospital, mola-mola dulu semua orag ingatkan faris nih girl tau...sampai dr. pon ingatkan dia nih girl...dr. Jasvinder masa mola-mola dulu selalu kat she's beatiful...so sweet...bila dah mola rapat skit baru kita perbetulkan Dr. this is my son syahmie dr....not she but he...baru dia kata yer ker? i thought she is girl...sume orang cakap cam tuh....so rasanyer ibu tak la kempuanan sgt nak dapat baby girl pasal sume orang dah cakap baby faris nih girl..tapi tak la sampai ibu didik faris macam girl....so gambo atas nih ibu saje pakaikan baby faris tudung...kalu ibu dapat anak pompuan cam nih kot rupanyer kan...hehehehehe

Sunday, June 5, 2011

Semoga baby tabah

"Ya ALLAH Ya Tuhanku, kau kuatkanlah anakku ini..berikanlah dia peluang untuk hidup dan menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain di bumimu ini Ya ALLAH.Sekiranya kesakitan yang kau berikan padanya adalah kerana balasan di atas dosa-dosaku padaMU, aku mohon kau mengampunkan aku.Kasihanilah dia yang tidak berdosa itu.Ya ALLAH,sesungguhnya dia masih terlalu kecil untuk menanggung semua itu dan aku rela menanggung sakitnya.Sekiranya ini ujian darimu untuknya maka kau berikanlah kekuatan padanya untuk menempuhi ujianMu.Ya ALLAH,kuyakin kau berikan dugaan pada hambamu kerana kau tahu hambaMu itu boleh melaluinya.

Baby Faris ngan Muhamad Faris



Masa dok hospital ibu ader berkawan ngan sorang nih nama dia eyna...orang ganu ibu panggil dia mek na ...sian baby dia muhamad faris cam nama baby....muhamad faris sakit hernia...dah dua kali bedah dah....baby faris nih suka sgt ngan adik muhamad faris...selalu gi sembang ngan dia...ibu pon sonok gak,  hilang rasa bosan...mek na nih orang dia ramah...suka gak sembang ...so kita layan gambar baby faris dengan adik muhamad faris.

 suka sgt baby ngan adik faris nih....


 peluk jangan tak peluk



 nak suruh plak adik faris nih tido atas riba dia...


 senyum adik faris ambil gambo ngan abang faris


 siannyer adik faris kena peluk kuat ngan abang faris...


laga kepala plak nak dak? hehehehe



gambar baby di hospital pulau pinang.



Minggu ke 2 dah cuti sekolah

                                                                        ihsan google....


Assalamualaikum... selamat pagi...emmm..dah masuk minggu ke 2 dah cuti sekolah yer...bermakna dah nak masuk dua minggu juga anak-anak ibu dok umah jer...sian..bukan tak mo nak kemana-mana tapi memandangkan baby baru jer kuar wad dan perlukan masa rehat yang betul-betul...nanti kalu gi jejalan baby penat so ibu minta abang dan angah berkorban lah yer cuti sekolah nih....lagi pon abang dan angah sonok dok umah kan...buat masa nih ibu dan ayah bergilir jaga abang, angah dan baby....ibu ngan ayah tak leh nak cuti dah..cuti dah hampir habis...so ibu simpan cuti tu nanti kalu-kalu ader emergency...lagi pon banyak lagi waktu yang ibu perlukan cuti tu cam nak bawa baby gi IJN, hospital dan lagi.....takperlah sayang sonok juga kan dok umah....main game, tengok cd....

Baby pon alhamdulilah dah semakin baik tapi still lagi continue fat free diet...tiu yang ibu ngan ayah tak nak bawa gi jejalan tuh, nanti kalu kita gi jejalan kita nak makan pastu baby pon nak makan sama...kan ibu dan yah dah cakap baby tak leh makan makanan yang berlemak dan berminyak kan...insyallah DR. Koh kata baby nyer diet akan berakhir bulan Jun nih...bermakna bulan Julai nanti baby dah boleh makan semua makanan yang baby suka....nanti-nantilah lepas nih ibu dan ayah akan bawa anak-anak ibu semua jejalan....
rumah nihlah dunia kami berlima, tambah-tambah abang, angah dan baby....inilah tempat bermain dan tempat menghabiskan cuti sekolah abang dan angah....