CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 23, 2012

Are u Shake already?

Hari nih ibu dah ayah gi taman selasih pi Shake (minum herbalife). Kul 7.30 dah kuar nak sampai awal. Bila sampai dia letak air tea lemon satu jug suruh minum sampai habis. Terkulat2 ibu dan ayah minum. Dalam setengah jam gak lak nak habiskan air satu jug tu. Pastu baru dia kasi satu gelas susu herbalife. Itu ibu dan ayah boleh abih cepat la. Dengan rasa chocolate dan sejuk sedap la.

Ingatkan gi sana terus minum susu tu rupanya kena minum air yang banyak sekali. Lepas minum susu tu dia bagi lagi air kosong satu jug. Ibu tak leh minum dah rasa cam nak muntah dah. Sian Syahmie Faris dan Syameel Fitrie pon ibu angkut sekali.

Pastu lepas minum gi bawa adik baby gi cucuk dan jumpa doktor. Punya la lama menunggu sampai kul 12.30 yg hari baru balik umah. Hari nih beli jer nasi bungkus.


Monday, October 22, 2012

Hari 35

Hari ke 35 dah ibu berpantang dan tinggal 9 hari jer lagi ibu akan merdeka... Hehehehe tak sabar rasanyer. Bosan giler dok umah tu pon gagah amik cuti 3 bulan. Cuti tetap cuti rugi kalu tak perabih kan cuti bersalin yang kerajaan bagi sebanyak 300 hari tuh. Dan mentelah rasanya adik baby Syameel Fitrie nih yang bongsu so habiskan jerlah... Tak la rasa mengkelan sgt.

Hari nih hari Isnin rasanya baru ada masa sikit nak menghapdet blog ibu nih lagi pi opah dah balik kampung, acu mai amik semalam. So skang nih ibu dok ngan abang Syahmie Faris ngan adik baby Syameel Fitrie la. Kami bertiga jer..

Hari Jumaat hari tuh toknda dari alor setar mai melawat adik baby. So riuh la umah hati Jumaat tu. Walaupun penat melayan tapi sonok sgt bila depa semua mai. Boleh la dok bergosip dan bersembang. Lama dah rasanyer tak bersembang sambil bergosip lagi pon raya hari tuh tak dan nak bergosip yerla keje sakit jer. Adik baby dalama perut asyik bergerak jer nak kuar sgt.
Pastu hari Sabtu lak toknda dari Penang plak mai nak tgk adik baby so 3 hari nih rumah meriah menerima tetamu yang nak tgk adik baby.

Hari nih kami tinggal bertiga. Sunyi gak lak tapi mak buat cam ner. So ibu kemas la umah mana yang patut.

Buat masa nih ibu dalam mengumpul stok susu untuk adik baby bila nanti kena hantar gi umah toksu. So setakat nih dah ader dalam simpanan dalam peti ais dah 40 botol. Dan dari semasa ke semasa ibu terus akan mengepam susu untuk stok adik baby. Buat masa skang nih ibu akan mengepam sari dua kali jer iaitu pagi sekali dan malam sekali. Ok tak? Ok kot no..

Keylah pasal beras gedung dan enam nanti ibu akan buat entri yang lain plak.



Saturday, October 20, 2012

Lintang pukang?

Lamanya tak menghapdet n3 terbaru kan? Serius takde masa nak hapdetkan blog dan serius tak beberapa lalu nak tgk blog ibu. Lintang pukang kan? Tahlah, masa beli iPad nih memang untuk memenuhi waktu masa pantang nih.. Tapi ibu tak berapa reti la nak mendesign blog ibu guna iPad nih. Bila guna komputer plak dia punya application cam dah lain nak cari nak create new post pon dah tak reti. Sian kan kat ibu tu yang rasa cam tak der mood nak hapdetkan tu..

Blog lintang pukang samalah cam umah yang lintang pukang cam tongkang pecah. Orang kata waktu pantang nih Jgn buat keje umah sgt, banyakkan berehat dan tido. Nak berEhat ngan tido camner kalu dah tak lalu tgk umah bersepah. Gagah diri juga menyapu sampah, basuh baju dan kemas umahdan masak. Nasib baik ayah sidai baju, uruskan anak ke sekolah dari segi setErika baju dan sebagainya. Ripa-ripa la ngan ayah.

Bab tgk tv? Jgn harap la ibu nak ikut cerita bersiri macam ibu berpantang masa pantang abang dan angah dulu. Asal on tv jer channel 615 n 616 la jawapannya. Oggy n croaches, upin n ipin dan boboboy jer kena tgk. Semua nih gara-gara faris concoquer tv la. Nasib badan.

Hari nih dah hari ke34 ibu berpantang. Bosan sgt. Pegang ipad nak blogwalking si Faris plak minta nak main game so ibu? Buat apa pon semua tak kena.

Friday, October 12, 2012

Adik baby dah bertukar penampilan

Hehehehe tajuk macam bagus gile... Hari nih hari ke 25 ibu berpantang barulah berkesempatan nak cukur kepala adik baby... Tu pon gi umah tok mengurut tu jer pi bercukur, tak buat majlis in cam abang, angah dan baby Faris dulu. Syaratnya nak bagi pelepas dulu. Insyallah nanti buat la pulut kuning. Nanti-nanti lah. Pasal semua ibu ngan ayah yang uruskan so pelan-pelan. Kalu dulu maktok dan tok walid yang uruskan so nanti lah bila ada kesempatan nanti .

Saturday, October 6, 2012

Ingatkan ya, rupanya tak jugak...

Dah lama tak menjengah blog nih kan. Ingatkan masa pantang nih ader la masa untuk berblog ari-ari tapi hampeh. Memang tak sempat pon. Ingatkan yalah boleh bersenang-senang rupanya tak jugak.... Berangan jerlah.


Khamis lepas ibu demam pasal bengkak susu atau maktok kata susu tak kencang. Entahlah. Mujur ayah amik e.l tuk jaga ibu. Tima kasih ayah. Ayah jaga ibu dengan penuh kasih sayang. Rasa macam baru tau betapa sayangnya ayah kat ibu. Sian kat ayah in ada sebab semua dia kena handle mana nak jaga ibu, adik baby, baby Faris lagi Pastu kebetulan plak hari tuh cikgu angah tipon suruh mai amik angah kat sekolah pasal angah demam dan penin kepala. Hadus bertambah- tambah beban ayah. Petang pula bergegas amik abang kat taska Pastu gi beli makanan, basuh baju dan macam-macam lagilah keje umah yang ayah kena bereskan. Sian ayah sgt. Tapi alhamdulilah ayah dapat tangani semuanya. Tima kasih yer sayang.

Tuesday, October 2, 2012

Sibuknya ibu...

Emmmm hari tu kata nak tulis n3 mengenai celebration besday angah kan, rupanya tak semat sesangat. Besday angah kan jatuh hari Khamis dan esoknya hari Jumaat. Hari Jumaat dan Sabtu abang dan angah cuti dan kebetulan plak ayah minggu nih kena conduct kursus CIDB so makna kata ibu la jaga anak- anak 4 orang sepenuhnya.

Cabaran? Memang mencabar mentelah lagi ibu masih dalam pantang lagi. Menjerit tuh maintain lah. Tak leh lari dari diri ibu. Bila deme kat rumah nih iPad ibu memang tak dak la kat tangan ibu dan sentiasa bertukar tangan di antara deme. Itu lah sebab ibu tak sempat nak buat n3 untuk celebration besday angah. (Alasan la tu)

Ahad, Isnin dan Selasa (hari nih) kekawan datang melawat adik baby tak renti- renti, lagila ibu tak dan. Nih memang ibu kering2 gak lak amik iPad dan mula nak memblog.

So ari Khamis tu ayah bawa deme 3 beradik ke tesco dan landmark Kulim sesaje tgk nanti angah nak makan apa. Apa yang angah pilih ialah dia nak makan masuk kandar jer untuk besday dia. Ayah beli ja dah kata besday boy yang minta. Balik ibu gelak jer kat dia kata nak makan dominos pizza alih-alih beli nasi kandar bungkus ja. Angah kata dia lapaq nak makan nasi tuh yang dia minta nasi kandaq tu. Aperjerlah angah, yang penting hapus.

So hari Jumaat baru beli dominos pizza untuk makan2 sempena besday angah.

Kek ibu tempah untuk ayah ngan angah sekali. Selalunya tiap tahun cenggitulah celebrate 2 in 1. Dan taun depan 3 in 1 plak.