Assalamualaikum WBT.
Untuk makluman, adik Faris pernah menjalani pembedahan
(“Glent Shunt”) pada tahun 2011 semasa dia berumur 1 tahun 11 bulan.
Berikut adalah merupakan kronologi prosedur pembedahan adik
Faris sebagai perkongsian kepada semua:
08/08/2015
-
Kemasukan ke ward di IJN
10/08/2015
-
Open Heart Operation (fontan Shunt) dilaksanakan
(bypass saluran darah terus ke paru2 menggunakan “synthetic tube”)
-
Dimasa yang sama injap jantungnya di”repare”
kerana kebocoran makin besar.
-
Adik faris telah dimasukkan ke dewan bedah pada
jam 2.00ptg dan keluar ke PCICU (unit rawatan rapi) pada jam 10.00mlm
11 – 13/08/2015
-
ditempatkan di PCICU (unit Rawatan rapi)
14 – 20/08/2015
-
Ditempatkan di HDU (unit separa kritikal)
-
Terdapat komplikasi terhadap pembedahannya
dimana “chylothorax” terbentuk di dalam paru2 (fungsi limpa terganggu
menyebabkan cecair lemak tidak dapat diserap dan terkumpul diparu2).
-
“Drain Tube” dimasukkan ke dalam dadanya bagi
mengeluarkan cecair tersebut.
-
Adik Faris juga dikehendaki mengamalkan
pemakanan secara “Fat Free Diet” bagi mengelakkan/mengurangkan pembentukan
“chylothorax”.
-
Semasa pemantauan didapati denyutan nadi
(degupan jantungnya) agak rendah dan doctor telah bercadang untuk memasukkan
PPM (Permanent Pace Maker) atau bateri sebagai bantuan.
-
Dimasa yang sama rawatan untuk “chylothorax”
dilakukan.
21/08/2015
-
Open Heart Operation dilakukan sekali lagi bagi
memasukkan PPM.
-
Adik Faris dimasukkan ke dewan bedah pada jam
11.00pg dan keluar ke PCICU pada 3.00ptg
23 – 27/08/2015
-
Ditempatkan di HDU (unit separa kritikal)
-
Pemantauan dilakukan terutamanya berkaitan
dengan “chylothorax” dengan rawatan perubatan sehingga ke stage ketiga.
-
Kami dimaklumkan sekiranya berterusan sehingga
ke stage ke 5 maka satu lagi pembedahan perlu dilakukan.
28/08/2015
-
“Drain tube” dikeluarkan setelah cecair dari
paru2 berkurangan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
-
Agak terkejut kerana selepas pemeriksaan dari
doctor Adik Faris dah boleh discharge. Alhamdulillah.
Sehingga ke hari ini, 21 September 2015, Adik Faris
menampakkan perkembangan yang positif, namun begitu atas saranan doctor dia
masih lagi mengamalkan “Fat Free Diet” dan tidak dapat ke taska sehingga hujung
bulan ini.
Sekali lagi, terima kasih kepada semua.