TAZKIRAH
RAMADHAN
PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA DALAM BIDANG PERUBATAN
OLEH : IMAM YUSUF AL-QARADHAWI.
1) Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash)
2) Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan
3) Memasukkan pessary, ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina,
memasukkan alat speculum kedalam vagina, atau memasukkan jari (oleh
doktor/bidan)
untuk pemeriksaan (cth periksa jalan untuk bersalin)
4) Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun
irigasi pundi kencing.
5) Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan
syarat ia tidak ditelan
6) Injeksi (cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi
(intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang
dicucuk itu mempunyai zat.
7) Menderma atau menerima darah Menerima oksigen atau gas untuk bius
9) Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim
sapuan, minyak dan sebagainya.
10) Mengambil darah untuk pemeriksaan
11) Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan
12) Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan
(diagnostic) atau rawatan (intervention).
13) Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan
14) Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim
(intrauterine device).
15) Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).
16) Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma)
17) Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur
menggunakan jari
18) Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia), jika pesakit
mahu berpuasa.
19) Haemodialisis atau peritoneal dialysis
Rujukan:
IOMS (Islamic Organization for Medical Sciences), The Akademi Fiqh di Jeddah
dan WHO, Figh As-sunnah (Sayyid as-Sabiq), dan fatwa dikeluarkan oleh Yusuf
Al-Qaradhawi bersama Majlis Fatwa Eropah)