CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 21, 2011

Personaliti anak


N3 kali nih just nak share....nak cari petua cam mana nak rapat ngan anak...dapat yang nih...layan jer lah....


Personaliti anak - Keluarga kumpulan penting bentuk peribadi

Oleh Rosmah Dain


Anak umpama permata yang berharga kepada ibu bapa. Bukan itu sahaja, anak yang dianugerah Tuhan kepada hambaNya perlu dicerna dengan kebaikan dan segala kejujuran agar mereka menjadi manusia yang berguna di kemudian hari. Daripada riwayat A-Bukhari dan Muslim, Rasulullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, `Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi'. Hadis di atas menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dan keluarga dalam membentuk sahsiah diri anak-anak. Menurut Kaunselor di Fakulti Pembangunan Manusia dan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Iran Herman, keluarga dikatakan sebagai kumpulan sosial terpenting dalam pembentukan personaliti anak-anak. Ini memandangkan, keluarga merupakan kumpulan sosial pertama yang dikenali oleh anak-anak dan mempunyai interaksi yang lebih lama berbanding kumpulan sosial lain. Anak-anak akan menjadikan keluarga mereka sebagai wira iaitu contoh dan model kepada diri mereka. ``Anak-anak mempunyai jangkaan dan harapan terhadap ibu bapa dan keluarga mereka. Mereka memerlukan perhatian, peruntukan masa dan minat oleh keluarga terhadap diri mereka. ``Mereka juga meminta agar ada orang yang mendengar, cuba memahami setiap permasalahan, dikasihi, menyayangi dan sentiasa melayani kerenah mereka,'' katanya.


Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja `Pengaruh Ibu Bapa Ke atas Keperibadian Anak-Anak' dalam Bengkel Kemahiran Keibubapaan Menurut Perspektif Islam yang dianjurkan Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), baru-baru ini. Iran berkata, anak-anak berharap agar ibu bapa dapat memberikan mereka petunjuk, mewujudkan keceriaan dan kegembiraan serta menerima mereka seadanya. Beliau berkata, pakar psikologi membahagikan kepada tiga jenis cara didikan keibubapaan iaitu bersifat autokratik, autoritatif-demokratik dan permisif-laissez-faire. Cara didikan bersifat autokratik merupakan satu ukuran disiplin yang mutlak tanpa menjelaskan kewajarannya setiap tindak tanduk yang dilakukan. ``Arahan daripada ibu bapa mesti dipatuhi tanpa sebarang bantahan memandangkan ibu bapa berkuasa penuh dan ketua keluarga adalah tegas dan mengenakan kawalan,'' katanya. Iran memberitahu, hasil daripada cara didikan seperti ini biasanya akan menjadikan anak-anak sukar membuat keputusan dengan baik, sentiasa berasa curiga dan menjauhkan diri, sikap suka bergantung dan tidak bebas. Anak-anak juga kurang bertanggungjawab, submisif dan rendah IQ mengakibatkan kemahiran dan orientasi pencapaiannya juga rendah. Selain itu anak-anak mempunyai kendiri yang lemah, kurang kreatif dan kurang daya ingin tahu. ``Mereka juga rendah locus (tempat sesuatu yang tepat) kawalan dalaman dan selalu menghadapi masalah sosial dan disiplin,'' katanya. Dalam pada itu cara didikan berbentuk autoritatif-demokratik menekankan cara demokrasi dan rasional selaras dengan jangkaan yang dikehendaki oleh anak. Bentuk kawalan yang digunakan oleh ibu bapa selalunya mengikut konteks dan dipersetujui bersama dengan memberikan gambaran peraturan yang lebih jelas dan konsisten. ``Asas kawalan dalam mendidik anak boleh disesuaikan mengikut keadaan dengan didikan yang lebih mesra, merangsang dan membantu dalam apa jua keadaan yang dihadapi anak,'' katanya. Kesan didikan autoritatif-demokratik ini membolehkan anak-anak mempunyai lebih keyakinan dan kawalan diri, bebas dan tidak terlalu bergantung, mampu membuat keputusan dengan baik dan betul.


Pada masa yang sama anak juga akan lebih bertanggungjawab kerana segala didikan berorientasi pencapaian dan kecemerlangan. Anak-anak juga mempunyai locus kawalan dalaman yang tinggi, berkemampuan melakukan usaha, berpersonaliti dan mempunyai sahsiah yang positif. ``Mereka yang terbina dalam lingkaran hidup keluarga yang demokratik selalunya sentiasa bekerjasama mencapai kehendak ahli keluarga, saling hormat menghormati dan bertimbang rasa,'' katanya. Sementara itu didikan secara permisif-laissez-faire memperlihatkan didikan daripada ibu bapa yang terlalu longgar menyebabkan kawalan dan sekatan terlalu sedikit, malah kadang kala membenarkan sesuatu perlakuan tanpa batasan. Ibu bapa juga jarang menggunakan tindakan dan kuasa akibat keadaan kehidupan mereka yang agak tidak teratur dan mengelirukan anak-anak berkenaan. Kehidupan anak-anak yang dibesarkan mengikut didikan seperti ini biasanya tidak mempunyai pendirian, tiada arah dan tidak mempunyai model atau contoh dalam kehidupan. ``Biasanya mereka ini tidak jelas masa depan, jarang mendapat kasih sayang sepatutnya, terlalu bebas, tiada batasan yang akhirnya menyebabkan mereka terjebak dengan masalah juvana, dadah dan arak,'' katanya.


Kesan didikan daripada ibu bapa menunjukkan anak-anak yang bersikap agak agresif terdidik oleh ibu bapa yang suka mendenda, rengang hubungan kekeluargaan, tidak mesra dan selalu menghadapi konflik kehidupan. Iran juga berkata, ibu bapa juga perlu membentuk perlakuan anak-anak mereka di tahap awal sosialisasi iaitu yang berkait rapat dengan sex typing dan sex-role expectation bagi mengelakkan keadaan tidak normal perkembangan gender anak-anak. ``Ini penting agar anak-anak dapat terelak daripada keperibadian `lembut' dan tingkah laku transeksual yang kini menjadi gejala sosial yang semakin berkembang,'' katanya.

0 comments:

Post a Comment